Sunday, April 12, 2020

AKU BUDAK SAFETY Part 32: KENAPA ORANG KITA SUKAR IKUT PERINTAH.


Hairankan.. Sampai ke hari 25 masih ada yang engkar perintah PKP.  Apa sebenarnya masalah orang kita?..Kalau Kerajaan tidak tegas pasti lebih ramai akan dijangkiti coronavirus ini. Di Itali rakyat tidak mengendahkan arahan kerajaan akhirnya ribuan rakyat nya dijangkiti dan ribuan yang mati. Di Sepanyol pun begitu. Total Lockdown terpaksa dilakukan dengan kerahan anggota tentera bagi membendung wabak daripada terus merebak akibat sikap rakyat yang tidak mahu mendengar arahan..

Di Malaysia pun tidak terkecuali daripada itu. Ramai juga yang ditangkap pihak polis kerana langgar PKP  dan ramai juga telah dipenjarakan. Hairan kenapa begitu susah untuk ikut PKP ini? Bukankah ianya untuk melindungi seluruh rakyat daripada dijangkiti wabak? Apakah mereka ini tidak punya akal yang waras untuk bersama sama membasmi wabak ini?

Negara sudahpun di dalam keadaan tidak menentu. Ekonomi pula dijangka tidak pulih sehingga hujung tahun. Negara yang paling cepat pulih bergantung kepada komitment rakyatnya untuk kembalikan suasana kembali kepada sedia kala. Jika sikap rakyat kita tidak berubah besar kemungkinan, di saat artikel ini ditulis, akan berlakunya lanjutan PKP lagi. Mahukah kita terus duduk di rumah tanpa apa apa penghasilan ekonomi? 

Di Malaysia dijangka 100,000 orang akan kehilangan pekerjaan. Jangan fikir pengamal keselamatan dan kesihatan terkecuali daripada kesan ini. Jika keadaan memaksa SHO dan SSS pasti akan terkena tempias diberhentikan kerja akibat daripada keperluan mereka hanya berdasarkan kepada peraturan JKKP dan majikan akan menggunakan alasan tidak mampu untuk menjustifikasikan tindakan mereka membuang kakitangan bahagian Keselamatan dan Kesihatan.

Jadi kita semua perlu bersama sama  dengan pihak barisan hadapan kita. Mereka perlukan kita duduk di rumah supaya mereka dapat menghabiskan sisa sisa perjuangan mereka. Jiak #stayathoem pun tidak dapat diikuti dan jumlah yang dijangkiti semakin meningkat naik sehingga melangkaui paras kapasiti hospital kita, maka besar kemungkinan kita akan merekodkan lebih banyak kematian dan ini cuba dielakkan..

Jadi sebagai pengamal keselamatan dan kesihatan, saya mendoakan agar sesuatu yang lebih baik menanti setelah berakhirnya tempoh penuh debaran ini. Berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar jauh leibh sukar daripada bertarung dengan seekor harimau ganas....

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...