Friday, March 9, 2012

THE TRUE LOVE STORY OF A MOM......


Ini adalah kisah benar yang cukup menghayat hati saya. Terima kasih di ucapkan kepada pemilik blog http://www.firdauskasim.com kerana memaparkan kisah ini.

Peristiwa ini berlaku semasa Gempa Bumi melanda CHINA. Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di sebuah runtuhan rumah milik seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah-celah runtuhan dan timbunan tanah. Kedudukan wanita tersebut agak aneh. Dia seperti melutut dan menyembah ke hadapan dengan kedua-dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah nya runtuh teruk dan menghempap belakang dan kepalanya . Dalam keadaan yang agak sukar, ketua penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan kecil di dinding untuk mencapai wanita tersebut dengan harapan agar wanita itu masih HIDUP. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa dia telahpun meninggal dunia.

Dia dan pasukannya lantas meninggalkan rumah tersebut dan mencari mangsa lain yang masih hidup di bahagain runtuhan yang lain. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan penyelamat seolah-olah didorong oleh sesuatu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekalilagi dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau sekali lagi keadaan mayat itu. Tiba-tiba dia menjerit KEGEMBIRAAN, "Ada kanak-kanak, ada kanak-kanak."

Seluruh pasukan berhati-hati memindahkan sisa-sia runtuhan yang menghempap wanita tersebut hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 BULAN yang dibalut dengan selimut BERBUNGA di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya.

Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuh badannya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya. Doktor bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa anak kecil itu. 

Selepas membuka selimaut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut tersebut. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu yang berbunyi " JIKA KAMU BOLEH HIDUP, KAMU HARUS INGAT BAHAWA IBU SAYANG KAMU".Mesej ini telah di hantar dari satu tangan ke satu tangan yang lain.

Setiap individu yang membaca mesej itu pasti menangis."JIKA KAMU BOLEH HIDUP, KAMU HARUS INGAT BAHAWA IBU SAYANG KAMU."

Begitulah KASIH SEORANG IBU PADA ANAKNYA.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...