Monday, July 23, 2018

MAKHLUK HALUS PALING DI TAKUTI MANUSIA DI DUNIA





PERNAH LIHAT BENDA ALAH NI....???... Ini adalah pasangan dua ekor burung mainan ROBOT yang paling KIUT yang dipanggil HATCHIMALS keluaran SPINMASTER... Untuk mendapatkan kedua dua burung ini, anda kena keluarkannya daripada telur. Dan untuk membolehkan telur itu menetas, anda kena sabar menunggu. Sudah pasti penantian itu satu penyiksaan bagi kanak kanak tapi hasilnya amat berbaloi kerana apabila telur itu menetas maka kedua dua burung ini akan mula berkomunikasi dengan anak anda mengikut pergerakan dan bunyi suara anak anda ataupun bercakap sesama mereka sendiri...

Dulu pernah permainan sebegini dikeluarkan oleh pihak PlaySkool bernama.....


 ELMO. Elmo berinteraksi dengan kanak kanak dengan cara menggeletek beberapa bahagian tubuh nya dan dia akan ketawa terbahak bahak sambil berguling guling selepas itu akan berdiri semula. Itu dulu , sekarang jenis HATCHIMALS ini lain sedikit malah jauh lebih ke depan dari segi sensory system yang membolehkan kedua dua berinteraksi sesama sendiri.


Namun bagi mereka yang berkemampuan sahaja dapat menikmati permainan jenis ini kerana harganya dianggarkan di antara RM400 sehingga RM500 seunit. Namun, ada juga terjual dalam harga yang lebih rendah  daripada itu bergantung kepada keinginan dan kehendak pembeli. Namun yang pasti generasi roboy mainan kian menjadi perhatian seluruh dunia dan akses kepada sistem robotik juga semakin mudah dan mampu dimiliki.

Lihatlah telatah lucu HATCHIMALS ini. Sudah pasti semua kanak kanak menyukainya dan sudah pasti poket seluar si Ayah sedikit bocor...




No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...