Tuesday, August 7, 2018

AKU BUDAK SAFETY Special Part : RAYA DAH DEKAT NI...


Selamat Bertolak ke Tanah Suci buat  semua yang dapat JEMPUTAN untuk menunaikan Rukun Islam ke 5 ini. Bersyukurlah kerana diberikan kesempatan untuk hadirkan diri di hadapan Kaabah. Aku pun nak juga ke sana kalau diizinkanNya. Cuma untuk tahun ini, kalau ada kesempatan nak juga pergi kalau ada jemputan ke sana. Ak Maklumlah kan nak ke Tanah Suci tu bukan ambik kira mampu ataupun tak mampu. Kalaupun tak mampu tapi di jemput datang, ada saja rezeki masuk nak cukupkan ke sana. Jadi rezeki ke Tanah Suci tu bukan boleh buat main. Kalau dah dapat peluang tu jangan lepaskan . Tidak semua orang dapat mengecapinya..


Didoakan kepada semua jemaah Haji agar sentiasa dirahmati dan dilimpahi rahmat ketika berada di sana nanti. Aku pulak macam biasa tunggu turn next time In Sha Allah.. Mana tahu ada peluang..kan kan.

Apabila panggilan Haji sudah tiba maknanya tak lama lagi kita dah nak sambut Hari Raya Haji.. Walaupun sambutan tidaklah sehebat Hari Raya Aidilfitri tapi ia juga merupakan antara perayaan yang ditunggu tunggu oleh umat islam...Jadi sekali sekala tu kalau ada sedikit wang saku mahu juga pergi shopping beli barangan sikit. Tapi bagi mereka yang suka ONLINE SHOPPING mungkin mula melayari INTERNET dan LOG IN ke mana mana website ONLINE SHOPPING STORE. 


Macam biasa aku akan BROWSE ke Lazada terlebih dulu .Sebab dah terbiasa dengan LAZADA. Dan dah selalu beli di LAZADA jadi priority kat sini dulu sebelum buat comparison kat laman web yang lain. Kadang kadang aku tengok ada juga online store yang lain yang buat tawarn gila gila.. Jadi kena rajin carilah...


Sekarang ni, macam macam ONLINE STORE kita boleh pilih. Sampai PPE pun aku beli kat ONLINE STORE. Ada satu SAFETY HAT tu aku jumpa di EBAY.COM jenis FOLDABLE boleh simpan dalam beg tanpa ambil banyak ruang. BUATAN JEPUN brand Toyo.. Tapi tak tahu kuat ke dak.. Kang sekali kena bata dengan kepala sekali pecah , mampusss....

Tapi aku rasalah, kuat kot.. Kerana Buatan Jepun kan., Kalau Made in China maybe skeptic sikit.. Apa pun nak beli juga. Nak test untuk diri sendiri dulu. Kalau ok baru promote  Kalau tak ok baik simpan dalam almari...kan aku pulak yang naya kerana intro barang tak selamat untuk kegunaan pekerja.

Walabagaimanapun.. aku nak bagi tahu bahawa :


Jadi jangan risau....Nak beli PPE beli je ONLINE kalau rasa tak nak susah susah..






No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...