Monday, February 21, 2011

2.52pm... CARA BARU NAK DAPAT KONTRAK KERAJAAN...

Haaaa, aku nak habaq kat korang semua, especially yang terlibat di dalam bisness jadi kontraktor ni supaya start le tanam bannyak pokok kat rumah. Sebab dengan adanya pokok- pokok kat rumah you all akan memberikan rezeki yang tidak terhingga kepada korang semua.


Aku dengar sekarang ni, kalau nak dapat kontrak kerajaan , kontraktor kenak buat green conservation. Kena aktif terlibat di dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar kononnya mudah dapat kontrak kerajaan. Sekarang macam-macam idea nak dapat kontrak kerajaan ni. Kalau bab unruniaga tender memang biasa kita dengar betol tak..? Ramai orang jadi kontraktor pasal kontrak dengan beri pulangan yang lumayan beb... Profit margin di dalam 7- 11% . Bayangkan kalau nilai projek dalam RM1 juta depatler dalam RM 110k dalam tempoh 4-5 bulan.. Banyak tu beb...

Tapi sekarang ni susah betol nak dapat kontrak kerajaan. Sumber kewangan kerajaan amat terhad sekarang ni. Tapi jumlah kontraktor pulak semakin meningkat. Mujurlah PKK dah stop LULUS daftar kontraktor baru. Kalau tak, silap-silap seluruh rakayt Malaysia jadi kontraktor..

Disebabkan sumber kontrak yang terhad dan persaingan semakin sengit, ada kontraktor terpaksa guna kaedah terbaru untuk dapat kontrak kerajaan. Nak tahu bagaimana..? Scrolllll..................

Sunday, February 20, 2011

4.09PM ..SARAWAK REGATTA .. SKETSA

Ini ada satru cerita .. Cerita orang zaman MENSIA (dulu-dulu dalam Bahasa Sarawak). Kalau berpesta jangan lupa mereka yang berseloka.. Kerana berseloka membuat orang ketawa. Ketawa menghilangkan kecewa.. Untuk mereka yang KALAH. Kalau yang MENANG, seloka menambahkan keriangan.

Di sepanjang  3 hari Sarawak Regatta, bermacam-macam aksi dan reaksi mereka yang terlibat di dalam pertandingan kali ini.. Riak kecewa, gembira, kelesuan, keletihan terpancar di wajah-wajah pengurus pasukan, pengayuh, pemilik pasukan serta penyokong.


Di sepanjang kejohanan yang bermula dari Petang Jumaat, 30 hb Julai 2010, lebih daripada 50 acara telah dipertandingkan dengan memperlihatkan penyertaan ramai pasukan yang kuat termasuk pasukan LANDAS milik Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak. Pasukan kita orang JANG memang dikenali ramai sebagai pesaing terhebat. Namun kadang-kadang , nasib lebih menyebelahi pasukan LANDAS.

Inilah aksi - aksi ahli pasukan serta penyokong pasukan kita orang. Berpakaian kuning hitam, mereka sentiasa memberikan sokongan yang tidak terhingga kepada pasukan JANG walaupun adakalanya berlebihan. Biasalah Over Emotional...Nak Menang saje dia orang ni.. 

Tuesday, February 15, 2011

3:05PM... KEBUN BELAKANG RUMAH...

Actually aku tak de skill bercucuk tanam. Aku cuba -cuba je. Tak pernah pun aku tanam apa-apa tanaman samada pokok bunga ataupun pokok buah2an.. Yang aku , cuma ambik hasil je.. Lagipun  since kahwin aku dan keluarga duduk rumah sewa kerana nak merasa hidup secara independent tanpa bergantung kepada orang tua. Selama 4 tahun menyewa. Setiap dua tahun terpaksa pindah kerana orang rumah nak masuk balik rumah. Teruk jugak pindah barang. Setiap tahun ada-ada je barang baru yang dibeli tak kira samada perabot mahupun peralatan dapur. Kesian aku tengok wife aku yang terpaksa berhempas pulas bungkus barang dalam kotak. Masa tu gak, aku tak de kat sisi dia pasal dapat kerja di Mukah. Ellisha pada masa tu baru je berusia 3 minggu aku dah tinggalkan. Teringat masa tu, aku susah nak balik ke Kuching kerana kerja setiap hari pasal nak kejar Jadual. Kesian Ellisha. Aku pun rasa bersalah. Lagipun pada tahun 2007 tu memang susah nak dapat kerja apatah lagi faktor umur yang semakin meningkat maka semakin sukar nak dapat kerja dengan gaji yang baik.

Bila aku dapat balik semula ke Kuching selepas setahun di perantauan, wife aku plan nak beli rumah teres dua tingkat dekat Bandar Baru Samariang kerana tak tahan asyik berpindah randah. So bila kita orang masuk ke rumah baru ni, timbul minat nak berkebun.
Walaupun halaman belakang rumah hanya sekangkang kera tapi cukup untuk aku tanam pokok serai , betik, asam dan pokok jagung. Mak aku tolong tanam pokok cili. Sekarang dah keluarkan hasil. Walaupun tak seberapa sekurang-kurang penat lelah menanam dulu menampakkan hasil. Pokok serai yang mak aku tanam sepokok dulu, aku pecahkan kepada beberapa pokok lagi. Hasilnya aku ada 5 pokok serai. So sekarang dah tak yah beli serai lagi.

Sunday, February 13, 2011

11:24AM... KICAP OH KICAPPPPP....MANA KAU KICAP????


Perasan tak..? Tak kerterlaluan aku katakan kat sini yang botol berisi cecair warna hitam ni ada di setiap rumah orang Malaysia.. Tak caya..? G check kat dapur .. Gerenti ada.. Botol hitam ni namanya KICAP.. dalam bahasa Inggeris pulak di panggil KETCHUP atau SAUCE.. Tapi kita biasa memanggil nya dengan nama KICAP...

Ada banyak jenis kicap di pasaran. Ada yang masin, ada yang manis. Yang terlebih masin dan terkurang manis pun ada. Bergantung kepada jenis pembuatan kicap. Entah aku pun tak tahu kenapa kicap ni menjadi sebahagian daripada inti masakan masyarakat kita..Aku sejak kecik makan kicap. Kalau sebut kicap Cap Kipas Udang, Aminah Hassan, Habhal's, Orang Kampung, ADABI, YEO's gerenti ramai orang kenal. Pasal kicap ni nationwide brand.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...