Saturday, July 28, 2018

AKU BUDAK SAFETY: Part 1 - Senang Ke Nak Jadi Budak Safety


Semua kerja tidak mudah. Kalau nak kerja senang baik duduk rumah tonton tv. Tengok drama swasta yang entah apa apa jalan ceritanya. Aku masuk dunia safety ni pun bukan sebarangan masuk. Kalau tak cukup ilmu di dada memang payah nak handle kerja kerja di tapak. Bukan senang nak bagitau pekerja tentang kepentingan safety ni. Bayangkan kalau kau kena handle pekerja yang jauh lebi senior yang kepala diorang ni keras macam batu. Hari ini ko tegur, esok dia buat lagi. Hari ko bagi dia PPE esok dia lupa bawak ke site. 

Kalau kerja safety ni semudah ABC ramai dah masuk bidang ni. Tapi ramai yang masuk kerana nak gaji besar je. Kerja ntah apa apa. Safety ni kerja dia selamatkan orang daripada kemalangan ataupun kematian. Bukan senang nak ajar orang supaya ikut SAFETY RULES. Letak Papantanda cantik cantik kat depat pintu masuk pun diorang masih buta tak tengok macam tapak bina ni nenek moyang diorang punya.
Jangan hairan ada budak budak safety pening kepala buat kerja, stress sampai tak tidur kerana sikap pekerja yang mementingkan diri sendiri tanpa mengihiraukan arahan dan amaran budak safety. Oh ya aku lebih suka guna perkata budak safety bagi rujuk mereka yang mengamalkan dan yang promote SAFETY AND HEALTH at SITE kenara bagi aku ia lebih santai. Kalo guna SHO SSS sahaja sedangkan ada lagi pengamal keselamatan yang lain yang bukan SHO ataupun SSS  nampak macam tidak adil.

Ya benar, kerja safety ni kena tahan jiwa, Kalau jiwa tak kacau dan tidak sabar memang payah. Bukannya apa. Bagi orang kerja site, budak safety ni macam pengacau kerja diorang. Kalo boleh tak nak nampak muka budak safety kat site. Mereka lupa bahawa  dengan adanya budak safety sekurang kurangnya mereka tidak lalai dan cuai dalam melakukan kerja mereka. Mereka lupa bahawa ada anak bini yang menanti mereka di rumah. Si isteri menanti seorang suami balik membawa juadah. Si anak menunggu si ayah untuk dibawa bermain di laman rumah. Jadi kerja safety ni kerja yang suci. Mereka yang ambil tugas jadi budak safety kena tahu bahawa hidup ini tidak semestinya berkisar tentang diri sendiri.

Friday, July 27, 2018

SEPHORA KEKAL KEGILAAN WANITA CANTIK..



Jenama Sephora kekal menjadi satu kegilaan para wanita yang mementingkan kecantikan yang menawan. Deretan barangan kosmetik berjenama seperti JUNE JACOBS, KENZOKI, KOCOSTAR memenuhi senarai barangan kecantikan untuk dipilih. Terkini Sephora menawarkan program AFFILIATE untuk mana mana wanita yang ingin kelihatan cantik pada masa yang sama menikmati segala kelebihan yang ada pada SEPHPORA. 

Program Affiliate Sephora menawarkan komisen sehingga 8.00% bagi setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan yang rata ratanya adalah wanita. Jadi apa tunggu lagi , daftarlah.. Sambil membeli belah atas talian di Sephora, dapat juga hasil daripada melakukan RUJUKAN kepada rakan rakan...

KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN PELUANG TERSEBUT.......>>>>>>> SEPHORA ATAUPUN KLIK KAT PAPAN IKLAN YANG TERPAPAR DI MANA MANA  BAHAGIAN DI BLOG INI...



Thursday, July 26, 2018

AKU BUDAK SAFETY: PERJALANAN BERMULA DI SINI..


LAMA dah fikir benda ni.. Rasanya sudah tiba masanya untuk aku berikan segala pengalaman dan pengetahuan dalam bidang keselamatan dan kesihatan sebagai perkongsian buat budak budak safety yang baru nak masuk dunia safety ni... Diberi pilihan antara nak terbitkan buku ataupun buat artikel dalam blog kesayanganku ini.. Fikir punya fikir lebih baik buat dalam blog supaya segala nukilan dapat dikongsi dengan lebih ramai orang... Dapat juga jadikan blog aku ni sebagai rekod simpanan segala kenangan bila aku dah tua nanti. Ada juga anak anak yang akan meneruskan penulisan di blog ini..

Mula mula terfikir juga nak buat buku supaya mudah orang baca, tapi dunia safety ni ada macam macam. Satu buku belum tentu dapat cover semua cerita baru dan lama. Lagipun dalam industri safety agak dinamik, cepat berubah mengikut peredaran masa. Jadi adalah lebih baik aku share kat sini.. Kalau ada budak budak safety nak buat rujukan boleh lawat blog ni.. Tak kaya tak apa janji perkongsian ilmu itu lebih penting. Mana tau ada gak saham untuk bekalan akhirat nanti...

Jadi penulisan kali ini hanya sebagai pembuka kata. Nanti Part I akan ku coretkan pada update seterusnya.. Apapun jangan lupa satu perkara asas...HIDUP INI PERLU BERBAKTI, BUKAN SEKADAR DAPAT GAJI....


AKU BUDAK SAFETY...BY MEALOVERSMEMBAWANG

BLACKBERRY KEMBALI LAGI....


BLACKBERRY, jenama yang dahulunya cukup terkenal di kalangan mereka yang mementingkan prestij dan kecanggihan teknologi. Suatu ketika BLACKBERRY menerajui sistem telekomunikasi mengatasi jenama jenama lain seperti SAMSUNG dan IPHONE. Setelah menyepi beberapa lama BLACKBERRY kembali memasuki pasaran dengan rekaan rekaan yang lebih ranggi dan menarik...

APA YANG MENARIK TENTANG VERSI BARU BLACKBERRY INI?.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...