Hi bertemu kembali pada cerita seterusnya.. Kali ini aku nak kongsi sedikit berkenaan dengan al kisah Budak Safety yang selalu maki hamun pekerja yang langgar Safety Rules di tapak. Sebut je nama SHO atapun SSS , ramai pekerja akan berfkir dalam kepala mereka yang dua Budak Safety ni pengacau kerja mereka. Buat mereka rimas masa bekerja. Ini tak boleh itu tak boleh. Ada je benda yang tak ngam di mata mereka.
Dan paling mereka tak suka pada budak Safety ni adalah mereka ni suka marah maki hamun pekerja. Sampai bila jumpa je SHO ataupun SSS semua pekerja bersembunyi dan ada yang lari kerana tahu ada kesalahan mereka buat, ada peraturan safety mereka langgar. Senario ini memang biasa di mana mana tapak bina. Dan disebabkan oleh ketegasan Budak Safety kat site, ramai pekerja rasa tidak puas hati. Ada juga yang tak nak langsung bagi kerjasama dengan Budak Safety. BAB yang ini ada isu yang perlu kita lihat..
Kadang kadang kita sebagai Budak Safety terpaksa memarahi mereka yang langgar Safety Rules ni. Bukannya apa, nak elakkan mereka daripada terlibat dalam sebarang kemalangan yang boleh memberikan kesan kepada kehidupan mereka. Kalau kat tapak bina, tiada yang perfect. Yang perfect hanyalah keinginan untuk melihat tapak bina yang kita jaga menjadi contoh yang baik kepada tapak bina yang lain. Ini penting kerana bagi kita itu satu pencapaian terbaik. Namun tidak semudah itu kerana untuk mencapat sasaran itu, kerjasama semua pihak kena ada terutama sekali para pekerja. Dan apabila kita menetapkan sasaran tersebut maka kita terpaksa bekerja lebih untuk pastikan objektif tercapai.






