Sunday, August 12, 2018

SELINGAN: SUSAN BOYLE MEMBUKTIKAN USIA BUKAN PENGHALANG


MUNGKIN ANDA masih mengingati peserta Britain ini yang berusia 47 tahun. Susan Boyle yang berasal daerah pedalaman di England yang mana penduduknya adalah orang kampung biasa biasa sahaja. Namun itu tidak menghalang beliau untuk mencuba bakat di Acara Mencari Bakat di BRITISH GOT TALENT.  

Pada mulanya beliau tidak di yakini mampu untuk menyanyi namun sebaik sahaja persembahan bermula, penonton mula terpukau dan beliau mendapat response yang cukup meriah daripada penonton yang tidak menyangka kebolehan beliau menyanyi dan seterusnya memberi sokongan kepada beliau...

SUSAN BOYLE memenangi pertandingan BRITISH GOT TALENT pada tahun 2010. Keyakinan beliau di dalam menonjolkan bakat di peringkat ini turut memberi inspirasi kepada beberapa lagi bakat yang seusia dengannya. Beberapa tahun sebelum itu Paul Pott seorang Jurujual turut memenangi pertandingan yang sama setelah berjaya membawa lagu Nessum Dorma menjadi antara lagu  soundtrack filem " THE SUM OF ALL FEARS" lakonan Ben Affleck...

TRAILER FILEM THE SUM OF ALL FEARS

AKU BUDAK SAFETY Part 11: Budak Safety tu Manusia Juga...


Kadang kadang aku hairan kenapa semua orang kat site cakap Budak Safety kena fit untuk kerja di tapak kerana ia memerlukan kecergasan yang tinggi. Bagi aku semua kena cergas bukan setakat Budak Safety sahaja. Cuma aku amat bersetuju dengan pendapat mereka yang berkata demikian apabila melihat keadaan seorang Budak Safety masa aku bekerja sebagai SUPERINTENDENT di sebuah syarikat pengurusan penyelenggaraan. Kencing Manis, Darah Tinggi dan Gout. Setiap pagi selepas buat Safety Toolbox, dia akan duduk depan PC dan buat laporan HSE untuk di kemaskini. Dalam tengah buat kerja di awal pagi tu dia boleh tetiba terlelap pasal ambik pil Kencing Manis. Kesian aku tengok keadaannya. Dia kerja sebagai Budak Safety di tempat aku tu.
Rakan aku ni dapat pakej 3 dalam 1.
Nak dijadikan cerita, suatu hari terjumpa dengannya di rumah ambik cuti 3 hari tak dapat turun kerja kerana kaki bengkak pasal Gout teruk. Apa yang berlaku kepada rakan SHO aku ni buat aku jadi takut. Jadi aku mula kawal pemakanan. Kalau dah banyak makan daging sepanjang bulan , bulan depan aku skip makan daging. Cari ayam ke , ikan ke... sampai macam tu punya kawal makan...

Lama dah tak jumpa rakan ku ni. Dengar dengar dia

SELINGAN: MAGICAL BORNEO744


Semalam sempat singgah di Borneo744 kepunyaan Malaysia Global and Innovation and Creativity Centre (MAGiC) di Bintawa, Kuching. Sunyi sepi... tak ramai orang.. Mungkin disebabkan ianya hanya meriah ketika adanya acara dibuat. Namun tempat ini memang bagus untuk menjalankan apa apa jua aktiviti terutama sekali yang berkaitan dengan anak muda. Program program anak muda perlu dibuat disini untuk memastikan tempat ini sentiasa dikunjungi orang ramai..

Segala kelengkapan dan kemudahan yang disediakan begitu baik sekali tapi sayangnya penggunaannya tidak di optimumkan bagi membolehkan hasrat penyediaannya menepati objectif. Dengan kedudukannya yang agak terpelosok dari pandangan umum, aku sendiri hanya pertama kali datang ke sini setelah beberapa tahun ianya beroperasi.Walaupun ramai mengetahui kewujudannya tapi tidak ramai yang tahu apakah kemudahan kemudahan yang boleh disewa dan diguna di sini.. 

Jadi jika ada yang berminat mahu menganjurkan apa apa acara bolehlah ke Borneo744. Di sini di kongsikan beberapa foto yang diambil semalam di Borneo744.

Saturday, August 11, 2018

SELINGAN: BUMBLEBEE 2018,PEMINAT FILEM 'TRANSFORMERS" PASTI TERUJA


Peminat Filem Franchise "Transformers" pasti sudah tidak sabar menunggu tayang filem terbaru Paramount Picture ini "BUMBLEBEE THE MOVIE". Filem ini bakal di tayangkan pada hari Krismas tahun ini.. Selepas beberapa tahun Kumpulan Megatron dan Decepticon tidak muncul di panggun wayang, kali ini filemnya sedikit berbeza dengan kemunculan Bumblebee sebagai sebuah kereta Volkswagen Beetle

Seperti biasa di dalam mana mana filem, kalau ada berkaitan dengan jenama kenderaan pastinya syarikat jenama kenderaan itu akan menjadi antara penaja kepada kenderaan yang digunakan di dalam filem tersebut. Ini adalah teknik MARKETING STRATEGY yang biasa bagi membolehkan Syarikat VW mempromosikan kenderaan keluaran mereka.

Sinopsis filem ini seperti sudah boleh dibaca dan mudah kerana ianya lebih kepada hiburan dan adventure. 
Tak ada misi yang perlu dicapai di penghujung cerita tak ada watak yang boleh dijadikan sandaran untuk dihubungkan dengan filem filem terdahulu, Filem ini secara umumnya adalah baru secara kesuluruhan dan jalan ceritanya berkisar tentang BUMBLEBEE... 
Pengarah filem Michael Bay nampaknya sudah bersedia dengan hasil kerja terbaru ini yang menampilkan ahli gusti terkenal John Cena sebagai Agen Burns salah satu watak utama di dalam filem tersebut manakala HAILEE STEINFELD sebagai Charlie Watson menjadi tonggak utama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...