Pernah dengar tak pekerja korang sebut kenyataan ni terutama sekali pekerja yang dah lama kerja di tapak pembinaan. Pekerja pekerja lain panggil mereka OTAI ataupun Brader sebagai panggilan menghormati pengalaman luas mereka. Acapkali kita dengar kes kes kemalangan melibatkan golongan ini. Mesti kita kehairanan kenapa?...
Thursday, August 16, 2018
Wednesday, August 15, 2018
AKU BUDAK SAFETY Part 14: PERIKSA PPE SELALU, JANGAN BERTINDAK MELULU
Percaya atau tidak, inilah kenyataan yang kadang kadang perlu kita terima sebagai Budak Safety. Penyediaan PPE yang tidak mematuhi piawaan hanya sekadar bertujuan memenuhi kehendak kehendak keselamatan di tapak bina. Perkara ini sering terjadi apabila terma "AS LONG AS REASONABLY PRACTICABLE" disalah ertikan sebagai satu taktik penjimatan oleh Majikan..
Tuesday, August 14, 2018
AKU BUDAK SAFETY Part 13: IRONMAN PUN PANDAI JAGA SAFETY
Betul tak apa yang aku cakap? Tony Stark nak lawan Terrorist , dia kena design satu ALAT PERLINDUNGAN DIRI yang mampu lindunginya daripada sebarang kecederaan akibat daripada tembakan, terjatuh, dilanggar kereta. dan sebagainya. Korang pasti pernah tengok filem IRONMAN kan.. Tony Stark pergi medan tempur macam RAMBO tak? Tak de kan.. Sebab Tony Stark ni pentingkan keselamatan dirinya. Sebelum bertempur kenalah buat persiapan apa yang patut..
Ironman tak macam Sylvestor Stallone aka RAMBO. Aku tengok filem RAMBO dari FIRST BLOOD edition. Memang tak leh matilah Rambo ni. Ko bubuh banyak mana peluru sekalipun. Kena bom sana sini pun tak mati jugak. Nak kata apa dah Pengarah nak dia jadi IKON Hero dalam filem. Kalau dah mati rasanya hari ini kita semua dah berkabung dah kan.. Esok keluar dalam suratkhabar "RAMBO MATI DI KANCAH PEPERANGAN". Kira nasib baik jalan cerita RAMBO tak mati walaupun tak pakai apa apa alat perlindungan diri...
Monday, August 13, 2018
AKU BUDAK SAFETY Part 12: LANTIK SUPERMAN JADI BUDAK SAFETY KAN SENANG..
Rata-rata Majikan mahukan penjimatan ke atas kos pengambilan kakitangan yang mengendalikan program program safety di tapak termasuk memotong kos kos program safety. Bagi majoriti majikan safety tidak penting kerana ianya tidak menyumbang kepada peningkatan keuntungan malah merupakan sebahagian daripada kos. Di sebabkan faktor Kontrak yang memerlukan Majikan menggaji Budak Safety, mereka terpaksa mencari calon calon. Akan tetapi semua orang tahu, gaji Budak Safety bukannya murah. Kerja nampak mudah tapi bukan senang nak jaga manusia. Dan yang jadi masalahnya adalah kos yang dimasukkan oleh Majikan dalam Kontrak amatlah kecil dan tidak berbaloi . Tujuannya adalah supaya harga bidaan mereka lebih kompetitif dan berpatutuan. Di masa yang sama Klien, iaitu pemilik Projek pula tidak meletakkan kos yang terlibat yang berkaitan dengan Safety and Health ini di bawah Wang Peruntukan Sementara.
Oleh kerana ianya dibawah Preliminaries and Generally maka suka hati Penender nak letak harga mana. Jadi bila penender berjaya dapat Kontrak, tengok kos untuk lantik Budak Safety kecik semacam, mulalah scouting nank cari yang PART TIME punya. Sementara tengah cari tu, projek dilaksana tanpa ada Budak Safety di tapak bina. Last last selepas 6 ke 7 bulan barulah nampak muka Budak Safety kat site. Dapat gaji besar sikit daripada kos dalam P&G tadi sebab dah buat saving 6 bulan so kira boleh cover kos tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)




