Wednesday, August 15, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 14: PERIKSA PPE SELALU, JANGAN BERTINDAK MELULU


Percaya atau tidak, inilah kenyataan yang kadang kadang perlu kita terima sebagai Budak Safety. Penyediaan PPE yang tidak mematuhi piawaan hanya sekadar bertujuan memenuhi kehendak kehendak keselamatan di tapak bina. Perkara ini sering terjadi apabila terma "AS LONG AS REASONABLY PRACTICABLE" disalah ertikan sebagai satu taktik penjimatan oleh Majikan..
Yang aku sakit hati bila Majikan tidak ambil peduli pasal kebajikan pekerja dalam bab PPE ni. Walaupun di bawah Seksyen 24 OSHA 1994 menyatakan penggunaan PPE di bawah tanggungjawab Pekerja tapi kalau PPE yang dibekalkan tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan pemeriksa seperti SIRIM, aku teramatlah yakin yang pekerja tak akan lama pakai PPE kat badan mereka. Sebagai contoh yang mudah, cuba beli satu safety hat MADE IN CHINA kat mana mana kedai. Kalau mals nak ke kedai cari , boleh try cari dalam ONLINE STORE macam ALIBABA or 11TH Street or Shopee. Korang cari yang paling murah yang harganya paling kurang pun RM 7.99. Aku biasa tengok kat kedai D.I.Y kerana kedai ni biasa jual barangan murah dari China. 

Lepas tu korang pakai sendiri Safety Hat tu dan pantau berapa lama Safety Hat tu kat kepala korang. Kalau korang dapat pakai dalam 2 - 3 hari tanpa dahi kemerahan , aku salute panjang. Safety Hat buatan China ni, dia tak ada part yang dipanggil SWEATBAND yang macam kain tu. Kalau berpeluh, part ini tak da, dahi mulalah rasa gatal gatal dan kalau dibiarkan akan berlaku macam Rashes kat dahi. Kesian tengok pekerja dipaksa pakai Safety Hat jenis ni semata mata nak mereka patuhi Peraturan Keselamatan di tapak..

Majikan pula lepas sediakan PPE tu pulak mulalah nak back charge kalau PPE tu rosak kurang daripada 2 tahun padahal kalau ikut Seksyen 26 OSHA 1994 dah jelas kata majikan tak boleh levi ke atas pekerja apa apa alat keselamatan yang dibekalkan kepada mereka. Penjelasan mereka mudah, penyediaan PPE ni ada kos dan kos itu ditanggung oleh pekerja jika ia rosak. Tidak dinafikan ada pekerja yang menggunakan PPE dengan cara agak kasar akan tetapi hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian. Majoriti pekerja amat beretika dalam penjagaan PPE cumanya mereka ni tak pakai masa bekerja. Dan salah satunya atas sebab yang ini lah...

Jadi kebiasaannya sebelum aku ambil tindakan ke atas mana mana pekerja yang tak pakai PPE masa bekerja, aku akan periksa PPE mereka terlebih dahulu. Fahami kedudukan mereka sebelum mengambil tindakan yang mungkin akan menyebabkan korang kecewa dan mereka juga kecewa. PPE yang tak ikut standard perlu ditolak sebelum pembelian di lakukan. 

Pekerja kadang kadang mau tak mau terpaksa juga guna PPE yang tak berapa bagus ni demi rezeki sesuap nasi. Bagi aku majikan kutip untung juta juta ringgit atas risiko yang diambil oleh pekerja mereka kena mula berfikir adakah mereka boleh tidur lena di atas katil mahal beralaskan tilam empuk jika pekerja mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan projek dengan keadaan kebajikan mereka diabaikan... 

Bukan aku nak perli mana mana majikan ataupun sokong mana mana pihak. Aku hanya nak perbetulkan perspeksi bahawa sebagai majikan , MEREKA kena tahu tanggungjawab dalam hal sebegini  seperti yang termaktub di bawah Sekyen 15 OSHA 1994 dan pada masa yang sama jangan pula memenuhi tanggunjawab itu seperti melepas batuk di tangga. Dengarlah nasihat daripada Budak Safety yang telah dilantik di tapak bina. Jangan buat telahan sendiri sehingga boleh menyebabkan program safety tidak berjalan seperti dirancang. Bukan tak boleh ambik untung besar  cuma alangkah baiknya kalau untung itu diperolehi daripada keberkatan majikan menjaga kebajikan pekerja. Sudah pasti pekerja akan mendoakan majikan mereka panjang umur murah rezeki kan kan...

Kerana suatu hari nanti , kalau ada orang yang paling kita sayangi akan berdepan dengan situasi sebegitu dan jika berlaku kemalangan ke atas nya, kitalah yang menyesal di kemudian hari. Walaupun sekaya mana kita di dunia, kifarah itu tetap ada... 

Sebagai Budak Safety aku kekalkan tugas aku menasihati MAJIKAN dimana sahaja mereka berada. 











No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...