Tuesday, February 15, 2011

3:05PM... KEBUN BELAKANG RUMAH...

Actually aku tak de skill bercucuk tanam. Aku cuba -cuba je. Tak pernah pun aku tanam apa-apa tanaman samada pokok bunga ataupun pokok buah2an.. Yang aku , cuma ambik hasil je.. Lagipun  since kahwin aku dan keluarga duduk rumah sewa kerana nak merasa hidup secara independent tanpa bergantung kepada orang tua. Selama 4 tahun menyewa. Setiap dua tahun terpaksa pindah kerana orang rumah nak masuk balik rumah. Teruk jugak pindah barang. Setiap tahun ada-ada je barang baru yang dibeli tak kira samada perabot mahupun peralatan dapur. Kesian aku tengok wife aku yang terpaksa berhempas pulas bungkus barang dalam kotak. Masa tu gak, aku tak de kat sisi dia pasal dapat kerja di Mukah. Ellisha pada masa tu baru je berusia 3 minggu aku dah tinggalkan. Teringat masa tu, aku susah nak balik ke Kuching kerana kerja setiap hari pasal nak kejar Jadual. Kesian Ellisha. Aku pun rasa bersalah. Lagipun pada tahun 2007 tu memang susah nak dapat kerja apatah lagi faktor umur yang semakin meningkat maka semakin sukar nak dapat kerja dengan gaji yang baik.

Bila aku dapat balik semula ke Kuching selepas setahun di perantauan, wife aku plan nak beli rumah teres dua tingkat dekat Bandar Baru Samariang kerana tak tahan asyik berpindah randah. So bila kita orang masuk ke rumah baru ni, timbul minat nak berkebun.
Walaupun halaman belakang rumah hanya sekangkang kera tapi cukup untuk aku tanam pokok serai , betik, asam dan pokok jagung. Mak aku tolong tanam pokok cili. Sekarang dah keluarkan hasil. Walaupun tak seberapa sekurang-kurang penat lelah menanam dulu menampakkan hasil. Pokok serai yang mak aku tanam sepokok dulu, aku pecahkan kepada beberapa pokok lagi. Hasilnya aku ada 5 pokok serai. So sekarang dah tak yah beli serai lagi.



Cuma sekarang aku plan nak tanam cili besar pulak. Pokok cili yang mak aku tanam tak memberikan hasil yang baik. Jadi aku nak tanam 5 batang pokok cili lagi. Pokom cili padi ada gak aku tanam. Aku dah kutip hasilnya banyak kali. Pokok limau kesturi / limau nipis je tak berapa baik hasilnya. Tapi ia tidak mematahkan semangatku untuk terus menanam pokok.
 
Masa ni, aku tengah tanam sayur dalam besen biru. Nampak macam tak menjadi hasilnyer. Mungkin ia perlu di pindah ke atas tanah. Actually aku experiment je samada sayur2an ni boleh ke ditanam dalam besen. Nampak gaya macam tak boleh.. Dah 4 bulan dah aku tanam masih gak tinggi lagi. Pokok tomato pun sama gak.. Rasanya hujung bulan ni aku nak pindahkan jelah pokok tomato tu ke tanah..Dah lama gak tak potong rumput kat belakang rumah. Before jadi semak samun baik aku start potong hujung bulan ni. Sebagai riadah..

Anak aku Ellisha mesti suka punya bila aku bawak dia pergi bercucuk tanam nanti. Harap-harap plan menjadi.



No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...