Saturday, February 26, 2011

11:55PM....LAWATAN KE LADANG LEMBU

Inilah wajah-wajah kita orang masa pergi buat lawatan ke ladang lembu milik Wilson rakan kepada Awang Jefri. Terletak di Kota Samarahan, kita orang ambik masa dalam 1 jam untuk sampai ke sana. Agak letih jugak tapi bila sampai je , terasa hilang keletihan pasal dah lama dah kita orang tak buat program masuk ladang ni. ..

Lagipun si AJ yang buat plan, kita orang follow je...Seronok gak dapat dentgok ladang ni kerana dah lama dah tak merasai suasana kampung..  Kat ladang ni , Wilson bela kambing, lembu, ayam dan itik.. 

Masa kita orang pergi ari tu, sempat jugka tengok seekor mak lembu lahirkan anak lembu. Bukan main ganas sang lembu betina tu demi melindungi anak yang baru dilahirkan.. Hampir - hampir lagi kita kena kejar dek sang lembu betina. Kita orang spent setengah hari untuk jalan-jalan dalam ladang, tengok kandang lembu dan juga proses buat baja menggunakan tahi lembu. Wilson cakap baja ni dia supply ke Borneo Height selain dijual secara terbuka... So kita orang tengoklah mesin proses baja dia kat bangsal terletak tak jauh dari kandang lembu milik beliau.


Terdapat dua jenis lembu dipelihara di ladang ni. Jenis brahman dan juga baka tempatan... Kiranya nak buat breeding campuran tempatan + import kerana baka import punyai lebih penghasilan daging... Aku gunakan masa tersebut untuk ambik beberapa shot untuk kenang-kenangan. Bukan senang nak datang lagi beb.. walaupun dekat cuma yelah kadang-kadang masa tidak mengizinkan so agak sukar jugak nak assemble rakan-rakan untuk buat another trip. Even sampai sekarang dah setahun dah kita tak pergi for 2nd trip... Kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila bila...


 Terdapat dua kandang besar yang memuatkan hampir 50 ekor lembu di ladang ni.. Kalau u all tengok kat foto atas ni,memang kandang ni agak kotor ... Biasalah kandang ternakan...Tapi ia tidak menghalang lembu-lembu tersbut untuk berposing dengan Hensem. Sama hensem dengan kawan aku yang berasal dari Indon, WAK SHAMIL.... 


 Tengok tu, pandai sungguh si anak lembu ni buat posing. Macam tau tau je aku nak tangkap gambar dia buat simpanan dalam album... Dalam pada tu jugak aku sempat pg tengok kandang kambing tapi aku tak sempat ambik pasal tak ingat.. Kandang tu taklah besar sangat. Cuma ada 4 ekor je kambing . Maybe si Wilson ni fokus kepada ternakan lembu dia berbanding kambing. Selain tu juga, Wilson buat experiment baja nya dengan membuka satu kebun tanaman sayur di seberang landang lembunya..
Jadi kita orang pun pakat-pakat pergi seberang ladang, Wah,, hijau sungguh hasil tanaman ladang Wilson ni.. Bermacam-macam jenis sayur pekerja dia dah tanam. Yang menariknya , dia gunakan baja keluarannya untuk kebun saur ni.. Kita orang pun tanya si empunya kebun boleh ke tak kita orang ambik buat buah tangan bawak balik Kuching.. GREEN LIGHT!

So apa lagi, kita orang tak kasi lepas peluang punya.. Penuh tangan dengan sayur-sayuran segar dari ladang.. Wak Shamil tidak ketinggalan untuk kutip hasil sayuran untuk dibawak balik. SI AJ pulak asyik tengok dari tadi, join sekali.. Ala,, bukan selalu kata Wilson .. Lagipun sayur -sayuran tu pulak takkan dapat dimakan sorang.. 


 Setelah sehari suntuk di ladang, sudah tiba masanya kita orang balik ke Kuching. .. Terasa puas kerana dapat datang ke ladang ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak kita merasa hasil segar dari ladang milik Wilson..

 Wak Shamil sungguh romantik.. DIa sanggup buat a bouquet of vegetables untuk isteri dia bagi menggantikan a bouquet of roses yang dia dah janjikan .. Menarik jugak idea ni pasal at least masa orang sambut Hari Kekasih tak yah dok susah-susah beli bunga ros..Baik pergi beli sayur-sayuran.. Dapat jugak di buat lauk.. Bunga ROS ..? Bagi harum je boleh lahhh....

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...