Saturday, August 18, 2018

CERITA HARI SABTU: PEKENA MI TARIK SUP TAMAN TRINORA..

Hujung minggu memang timing cantik untuk cari selera kat mana mana di kawasan Kuching, Baru baru ini ada benda baru yang boleh dicuba untuk dirasa. Apakata kali ini kita pekena MI TARIK KUCHING pulak? Biasanya MI TARIK ini memang CUKUP dikenali di Kuala Lumpur dan menjadi tumpuan para penggemar mi. Biasanya pembuat Mi Tarik ni adalah peniaga berbangsa Tiong Hua. Mereka memang pakar bab buat mi. Orang kata dah jadi darah daging mereka kalau cerita pasal Mi Tarik ni.

Di Kuching, baru kali ini melihat peniaga bukan Cina yang buat Mi Tarik.  LaMian Mi Tarik bertempat tidak jauh dari Bulatan Kipali Petrajaya Kuching, gerainya terletak di tepi jalan sahaja tapi untuk ke gerai tersebut kenalah guna jalan masuk ke Taman Trinora, Kuching.

Kepada mereka yang tidak berasal dari Kuching memang agak sukar untuk mengenal pasti lokasi tapi dengan adanya GOOGLE MAP ataupun WAZE mudah sahaja untuk mencarinya. 
Apatah lagi kalau guna GRAB CAR. Bagitau pada driver nak pergi makan Mi Tarik Kuching, mereka yang tahu pasti akan membawa anda ke sana. 

Kalau di KL biasanya Mi Tarik ini dibuat dalam pelbagai bentuk masakan, di Kuching pula Mi Tarik ini digunakan untuk masakan Mi Tarik Sup yang disertakan dengan dua jenis sambal pedas. Satu jenis sambal penuh cili manakala satu lagi sambal di tumbuk bersama limau kesturi. Harganya boleh dikatakan munasabah dan berpatutan. Bagi Mangkuk biasa harganya RM8 kalau Mangkuk Special harganya pula RM10. Sesuai dengan kuantiti dan keenakannya...

Oleh kerana baru nak mencuba, maka aku order Mangkuk Special punya. Memang ada perbezaan dengan Mangkuk Biasa dari segi kuantiti daging. Sup memang power sampi aku hirup kering manakala sambalnya berjaya menambah sedikit rasa pedas di dalam sup.

Jadi kengkawan semua, bagi yang cuba Mi Tarik Sup ini boleh datang ke Gerai LaMian Mi Tarik di hadapan Surau Pengiran Haji Jaya, Taman Trinora, Kuching. Aku jamin korang akan makan sampai kering sup...

Apa pun.. Enjoy your weekend and jangan lupa tapau....
Bagi yang tak tahu menatan apa nama Mi Tarik ni, nah aku sponsor video Mi Tarik Halal Warisan Asli KL.







No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...