Monday, August 27, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 22: Drone Teman Terbaik Budak Safety Yang Gayat

Beberapa minggu yang lepas, aku ada memesan satu unit RC DRONE Jenama VISUO dari China, Klon kepada DJI MAVIC AIR. Harga je tak KLON.. Murah je MYR180.00 termasuk POS. Aku beli secara online menerusi LAZADA... Mulanya nak beli dari SHOPEE tapi nasib agak baik bila terjumpa HARGA PALING MURAH ditawarkan oleh LAZADA. Ambik masa juga nak sampai pasal shipment dari luar negara. 


Sampai je trus buka kotak. Tengok kualiti wow not bad cuma VISUO DRONE ni ringan sedikit daripada DJI MAVIC AIR. Sesuai dengan harga yang melampau murah, apa yang aku dapat dalam satu set adalah DRONE tu sendiri, Remote Controller, 4 keping SPAREPARTS untuk Kipas, Satu Screw Driver Kecil, Battery Charger USB Type dan INSTRUCTION MANUAL. Kalau tengok dalam MANUAL tak susah nak terbangkan DRONE ni. 
Sebelum beli, aku tonton review di YOUTUBE. Ramai recommended brand ni berbanding brand yang lain. Lagipun harga nya murah sesuai sangat untuk entry level macam aku ni... Dalam pada tu aku ada jugak check berapa jauh VISUO DRONE ni boleh terbang iaitu sejauh 200 meter radius dan setinggi 46 meter. Wah. Ngam ngam dengan bangunan yang nak aku pantau. 

Sebenarnya aku beli VISUO DRONE ni bukan buat main ataupun suka suka. Aku tak pernah ada drone sebelum ni. Jadi aku kena belajar bagaimana nak handle drone ni kerana aku nak gunakannya untuk pantau kerja kerja kat atas ATAP BANGUNAN yang mana aku tak dapat nak pantau safety pekerja yang pasang kepingan atap. Aku ni GAYAT orangnya jadi satu satu caranya untuk aku dapatkan visual kat atas atap tu adalah dengan menggunakan RC DRONE dan rasanya VISUO DRONE ni mampu laksanakan tugas ambik video dan tangkap gambar. Kalau VISUO DRONE ni boleh beraksi dengan baik maknanya kerja aku akan jadi lebih mudah kerana dapat bukti gambar dan video sekali sekiranya pekerja di atas atap langgar peraturan keselamatan.
Cuma apa yang aku perlu risau adalah keadaan berangin kat kawasan tapak.... VISUO DRONE ni ada 3 speed. Speed ketiga adalah yang paling laju. Biasanya apabila terbang laju di dalam angin yang kuat drone biasanya akan melayang ke tempat lain. Kalau drone terkeluar dari jarak kendalian, keadaan luar kawalan boleh berlaku. Ini je perkara yang nak aku pertimbangkan. Biasalah kan RC DRONE harga murah ni.. Tapi jangan underestimate alat kawalan jauhnya. Kalau rasa nak selamat, tekan je BUTTON Return to BASE, maka VISUO DRONE ini akan kembali ke tempat di mana ia dilepaskan. MUDAH... 

Jadi kepada Budak Safety yang GAYAT macam aku ni penggunaan RC DRONE adalah penyelesaian kepada masalah korang. Carilah RC DRONE yang sesuai dengan kemampuan dan kesukaan korang semua. Beli satu unit untuk buat pemantauan safety kat site. Tak Rugi kalau diguna untuk kerja. Aku dengan yakin boleh kata berbaloi ada drone ni...

Kalau mampu beli DJI Brand type Phantom pun ok. Paling murah DJI TELLO. Kecik je tapi tak sure samada ia kalis angin atau tidak...

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...