Thursday, August 23, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 20: RAMAI PEKERJA TAK FAHAM FUNGSI SAFETY HARNESS

Kalau kat tapak bina, spesis yang sebegini yang paling aku tak suka. Kalau dimarah, mulalah mereka bagi alasan yang tak munasabah nak pertahankan tindakan mereka. Paling banyak Non-Compliances adalah mereka yang berkerja pada ketinggian 3100mm ke 5000mm. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Sebab ketinggian itu biasa orang anggap sebagai ketinggianalang alang. Nak kata tinggi sangat tak juga , Nak kata rendah memang tinggi sikit daripada paras kepala..Orang biasa anggap ketinggian itu tidak berbahaya dan tidak mengundang risiko jatuh yang tinggi.



Tapi apa yang mereka tidak sedari bahawa pada ketinggiaan tersebut paling ramai orang tercedera, lumpuh dan mati. Kenapa boleh jadi sedemikian? Sebab kebanyakan orang bekerja pada ketinggian itu mudah mengabaikan keselamatan diri mereka. Adakalanya mereka menggunakan Safety Harness tapi Safety Hook masih sangkut di pinggang. Jadi bila jatuh mereka mungkin fikir tidak teruk. Ya mungkin tidak teruk kalau kaki yang jejak tanah dulu, bagaimana pula kalau  kepala yang jejak tanah dulu? Amacam, dapat bayangkan keadaannya? . Sebab pakar keselamatan tetapkan penggunaan Safety Harness pada ketinggian 3000mm adalah kerana mereka dah mengkaji sedalam dalamnya itulah ketinggian yang boleh memudaratkan pekerja. Pakar pakar ni bukan letak ketinggian dalam LAWS saja saja ikut suka diaorang. Mereka mengambil masa cukup lama buat kajian tentang ketinggian minima ini. Tapi ada satu persoalan yang mungkin ramai terlepas pandang.
APA SEBAB ORANG BOLEH JATUH?
A da banyak sebab. PERKATAAN PALING BAGUS untuk digunakan sebagai SEBAB adalah PEKERJA TERLALU PERCAYA. Percaya yang tubuh badan diri sendiri sentiasa sihat ketika bekerja tanpa menyedari bahawa kadang kadang orang  yang sihat juga boleh mengalami PITAM dan KELETIHAN sehingga menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan jatuh ke bawah.  Kalau ada Safety Harness sekurang kurangnya dapat sangkut kat mana mana.  Percaya kepada Keadaan Tempat Kerja yang kukuh sehingga lupa bahawa kadang kadang struktur yang dibina untuk berpijak sudah tidak sekuat dulu lagi dan apabila tersilap langkah pada struktur yang lemah boleh terjun ke bawah, nasib baik ada Safety Harness bantu elak jatuhan terus ke tanah. Kalau tak jadi Arwah....Macam HANTU KAK LIMAH.
Jadi janganlah marah kepada Budak Safety kalau mereka membuat teguran kepada pekerja yang tak pakai Safety Harness pada ketinggian tersebut. Bukan apa kalau mereka tak tegur nanti, pekerja mudah lupa dan mereka ini memang payah nak dengar kata. Takkan tunggu ada yang terjatuh baru nak bertaubat. kan... Jadi kepada rakan rakan Budak Safety.. selama mana kita bekerja, kita tetap di anggap pelajar. hari hari kita belajar benda baru. Jadi jangan risau....
Apa yang perlu dilakukan adalah membuat sedikit taklimat kepada mereka yang buat kerja pada aras melebihi 3000mm ini.. Ambik masa dia orang selama 5 ke 10 minit untuk menerangkan keperluan penggunaan Safety Harness dan langkah langkah keselamatan yang perlu diambil semasa bekerja pada aras tinggi itu.
Ambik kehadiran mereka dan minta mereka turunkan tandatangan dan simpan sebagai rekod. Pantau aktiviti mereka untuk pastikan mereka mematuhi apa yang telah dibincangkan dan dipersetujui... Kalau mereka terjatuh atas sebab tidak mengikuti apa yang telah diterangkan sekurang kurang anda ada bukti kukuh.

"BEKERJALAH DENGAN SIHAT DAN SELAMAT"

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...