Monday, September 10, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 29: KENA BELAJAR TMP

Apakah kepentingan Traffic Management Plan dalam safety di tempat kerja?.. Bilakah ianya diperlukan? Kenapa perlu ada?...Haaa... Mula mula mengenali benda ni dulu pun macam macam soalan di tanya. Maklumlah first time dengarkan. Org biasa cakap TMP.. apa benda binatang nama TMP ni?.. Kata orang malu bertanya sesat jalan. Jadi mintak orang expert bidang ni bagi penjelasan. Barulah faham.....

Ketika CIDB Wilayah Tengah anjurkan Program Traffic Management Officer (TMO) aku rasa macam nak ambik kursus ni. Jadi aku pergi buat survey . Wow.. boleh tahan juga kerjaya jadi TMO ni. Banyak cabang rupanya Bidang Safety ni. Salah satunya adalah yang ini. TMO ni kerja dia buat perancangan dan pengurusan trafik di jalan apabila kerja kerja yang terlibat menyentuh jalan awam. Tak kiralah kontraktor buat bangunan ke, naiktaraf jalan ke , penyelenggaraaan ke, semua kena ada TMP. Selama mana kerja tersebut bersangkutan dengan jalan raya yang hari hari kena lalu kenderaan dan orang awam maka TMP kena ada. Dan orang yang mengurus TMP ini ada TMO. TMO pula nanti akan report duty dengan SHO..Kenapa dengan SHO pulak..? 

Haa.. ni nak bagi tahu satu perkara ni. Rujuk FMA 1967 BOWEC 1986 Regulation 18 kat bawah ni:

Cukup jelaskan bahawa penguatkuasaan TMP ini adalah dibawah FMA 1967. Sebab itu penting bagi seorang SHO mempunyai kemahiran ataupun pengetahuan berkenaan bagaimana TMP perlu di laksanakan di tapak bina yang bersentuhan dengan jalan raya awam. Jadi kalau korang nak jadi TMO pun boleh. Ini pun satu kerjaya yang menarik.
Jadi setiap 3 bulan TMO akan sediakan TRAFFIC MANAGEMENT SAFETY REPORT untuk diserahkan kepada SHO untuk semakan sebelum dihantar kepada Klien untuk laporan rasmi dan rekod. Aku pernah jadi TMO untuk dua projek sahaja kerana banyak masa duduk jadi Budak Safety OYK (SHO). Jadi  pengalaman nak mengajar korang pasal Traffic Management memang tak layak lah tapi aku boleh share dengan korang sume bestnyer kerja ni walaupun peluang untuk bekerja sebagai TMO ini tidak banyak. Bukan apa sebagai Budak Safety kita terikat dengan RENEWAL LICENSE  dengan JKKP sedangkan TMO tak perlu Renew apa apa. Kiranya boleh kerja jadi TMO sampai bila bila...

Kalau korang nak rujukan bagaimana rupanya TMP , aku share kat sini... >>>> KLIK DI SINI <<<<<
Dan klik di sini untuk lihat bagaimana rupanya TMSR , klik kat sini >>>>>>>>>>KLIK DI SINI <<<<<<









Saturday, September 8, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 28: JANGAN BUANG MASA KERJA SAFETY

Terkejut..? Betullah apa yang aku kata kat atas tu. Safety ni bukan satu kerjaya. Ia adalah satu AMANAH dan TANGGUNGJAWAB. Kalau nak masuk dunia safety kerana tawaran gaji yang lumayan baik lupakan sahaja. Ada lagi kerja yang gajinya lebih kurang je dengan gaji Budak Safety ni. Ramai aku tengok budak safety yang masih baru ni suka lompat company. Kalau ada company offer gaji lagi tinggi mulalah rasa tak senang duduk. Fikiran mula melayang nak cabut ke tidak ni..

Tak salah kalau nak kerja gaji lumayan ni Dik. cuma aku nak pesan apa pencapaian yang korang boleh dapat dengan lompat sana lompat sini?. Kalau tak ada satupun projek korang jaga sampai habis, semacam tak ada pencapaian yang nak dibanggakan. Zaman sekarang ni zaman mengejar peluang, Ada je peluang bagus depan mata terus tangkap. Kerja yang ada ditinggalkan. Kena ingat satu perkara industri safety ni tak besar. Kecik je. 

Jadi tak perlu dikejar sangat peluang yang ada. Kalau gaji yang diperolehi tu dah lebih daripada cukup itu dah kira baik. Lainlah kalau ada masalah dengan tempat kerja , itu kes lain ler. Kalau masih selesa kerja di tempat kerja sekarang ni, kalau boleh siapkan projek tu. Ada jugak testimonial nak di tunjukkan kepada bakal majikan baru. 
Bab gaji ni, korang kejar jauh mana sekalipun tak akn cukup punya. Gaji bukan rezeki keranaa gaji cukup bulan gerenti dapat tapi rezeki kita dapat tanpa disangka sangka. Gaji besar tuntutan masa juga besar. Kalau dapat gaji yang baik dan mencukupi tapi dapat masa untuk diluangkan bersama keluarga . itu lebih baik daripada dapat gaji besar tapi balik jauh malam, kena per outstation berbulan bulan. Lepas tu bila balik ke rumah dah letih. Masa bersama keluarga pun hilang. Rugikan.

Jadi kepada Budak Safety yang baru nak masuk industri ni, kalau fikir jadi Budak Safety ni satu kerjaya semata mata, korang tak akan dapat hasil yang baik daripada hasil usaha korang. Tapi kalau korang anggap kerja safety ni satu AMANAH dan TANGGUNGJAWAB mendidik dan menjaga kebajikan  pekerja di tempat kerja agar mereka juga seperti korang, dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka dengan selamat, itulah sebesar besar SUMBANGAN korang semua kepada mereka. Bukan sekadar cukup bulan ambik gaji pergi KFC...
Ingat tau...KERJA  SAFETY INI SATU AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

Thursday, September 6, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 27: KEMALANGAN MAUT, MUKA PUN PUCAT

BAB INI PALING SEMUA ORANG TAK SUKA.. Bila berlakunya kemalangan di tempat kerja dan melibatkan kecederaan parah ataupun kematian.. DOSH masuk kawasan, tutup tempat kerja dalam tempoh yang tidak ditentukan bagi melindungi kawasan kemalangan. Pada masa itu mulalah tangan garu kepala. Tanya itu dan ini. Cari mana mana dokumen yang boleh sokong pembelaan. Majikan mula gusar, Pengurus Projek tak tentu hala, Jurutera dan beberapa orang yang terlibat melakukan kerja kerja penyeliaan di tapak tidak senang duduk. Dan yang paling PANAS BUNTUT adalah BUDAK SAFETY...Kenapa?

Tuesday, September 4, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 26: BERSAMA GRAB CAR PROMOSI SAFETY....


Kemalangan di jalan raya adalah antara penyumbang tertinggi statistik kematian di negara kita. Walaupun pelbagai usaha di lakukan , kekerapan kemalangan memang sukar untuk dibasmi . Kemalangan paling banyak direkodkan pada musim musim perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina dan sebagainya kerana pada masa itu banyak kenderaan berada di lebuhraya utama dan ramai pengguna jalanraya tidak sabar untuk smapie ke kampung halaman menemui keluarga yang lama ditinggalkan ataupun terus ditinggalkan kerana hajat tidak sampai akibat daripada terlibat dalam kemalangan maut.

Kempen keselamatan di jalanraya sering kali dilaksanakan oleh agensi agensi kerajaan seperti PDRM, JPJ bersama badan badan lain bagi memupuk sikap pemanduan berhemah. Namun masih ada yang tidak mengendahkan program program sebegini. Kadang kadang ada juga terfikir untuk pacak papantanda keselamatan yang lebih provokasi seperti begini " PANDULAH DENGAN LAJU SUPAYA ISTERI ANDA CEPAT JADI BALU" ataupun "SEBELUM MEMANDU BACALAH INNALILLAHI WAINAILAIHIRAJIUN, TAKUT TAK SEMPAT" 

Aku tengok para pemandu kita ni suka sangat langgar undang undang. Kalau dilarang mereka langgar, kalau disuruh langgar mereka segan pulak nak buat. Macam tak ada thrill kalau disuruh langga undang undang jalan raya ni... Jadi kalau nak mencuba teknik baru ni , boleh pacak di jalan persekutuan dulu sebab walaupun kenderaan di pandu agak perlahan kerana jalan sempit tapi kalau bab memotong last minit, ramai pemandu hebat hebat akan kita jumpa di HOSPITAL.

Sebagai pengamal keselamatan, aku berpendapat bahawa kempen keselamatan di jalanraya perlu diteruskan dengan penuh istiqamah. Tiada siapa pun mahu terlibat dalam kemalangan tapi tengok berapa laju mereka bawak kenderaan. Ada yang sampai habis pusing spedometer. Aku yakin ada Budak Safety yang turut ambil duit ektra bawak GRAB CAR kan kan. Pasti mereka amat arif tentang bagaimana GRAB CAR mampu dijadikan contoh yang baik kepada pemandu yang lain terutama sekali pemandu teksi dan bas. 

Jadi apa kata kalau pihak GRAB CAR bersama sama dengan pihak agensi Kerajaan bekerjasama untuk jadikan pemandu GRAB CAR yang mendapat skor terbanyak dari segi  pemanduan berhemah yang diberikan oleh pelanggan diberikan anugerah sebagai IKON KESELAMATAN JALANRAYA.

'PANDULAH DENGAN CERMAT INGATLAH MEREKA YANG TERSAYANG"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...