Saturday, April 11, 2020

AKU BUDAK SAFETY Part 31: HSE PLANNING CANTIK TAPI....



Sekarang ni musim wabak. Kat seluruh dunia kena wabak COVID-19 ni.. Ramai dah terkena jangkitan. Ramai juga yang menemui ajal di tangan coronavirus yang bermula di Wuhan China ni.. Dalam keadaan sebegini, kita sebagai pengamal Safety and Health kena alert tentang perkara perkara yang berlaku di sekitar kita terutama sekali yang melibatkan para pekerja warga asing.

Mereka paling mudah terdedah kepada jangkitan wabak. Di Malaysia ada jutaan pekerja asing membanjiri sektor sektor pembinaan dan perkilangan. Bila berlaku wabak sebegini, kita mula rancang program program kawalan. Kalau tempat anda mempunyai Emergency Response Team (ERT) masa inilah mereka diaktifkan.
Dalam kita menangani isu isu berat seperti wabak sebegini, perkara paling utama yang perlu dilakukan sebagai langkah pencegahan adalah menerusi langkah perkongsian maklumat.


Ini adalah kerana dengan berkongsi maklumat kita dapat menyelamatkan nyawa manusia. Ramai yang tidak mengetahui kesan jangkitan COVID19 sehinggalah ada yang meninggal dunia akibat daripadanya. Ketika Wuhan sudah berada di peringkat keterukan yang tinggi, pintu masuk ke negara kita masih lagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara kita dan pada masa yang sama membenarkan warga kita keluar melancong ke negara yang berdekatan dengan China.

Dan ada yang tidak mahu rugi. Tiket dah beli, Hotel dah di tempah. Kalau tak pergi rugi. Akhirnya ramai orang kita terkena jangkitan daripada mereka yang pernah ke luar negara. Kita masih tidak belajar daripada wabak wabak sebelumnya seperti Mers-COV, SARS, Rabies dan Avian Flu. Kita masih leka dengan perkara perkara sebegini.

Itulah keadaannya apabila kita cuba untuk melaksanakan program HSE seperti yang kita rancang. masih ada juga yang langgar dan akibatnya mereka jatuh sakit. Dalam tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada saja pekerja yang melanggar PKP. Ada yang nak balik ke kampung dengan alasan alasan yang tersendiri. Bukan tidak boleh balik. Memandangkan suasana di kampung halaman juga agak berisiko, kekal di Malaysia adalah satu langkah yang terbaik buat mereka.

Namun inilah lumrah manusia. Mereka ada keluarga yang perlu di temani . Kalau apa apa berlaku kepada mereka biarlah mereka bersama. Sekurang kurangnya dapat juga menatap wajah sebelum hembusan nafas terakhir., kalau Tuhan tidak mengizinkan lagi. Itu kata mereka.

Kita yang bertanggungjawab memberikan maklumat yang betul kepada mereka dan kita jugalah yang memastikan risiko kesihatan tidak memberi kesan ke atas mereka. Perancangan HSE kita cukup baik untuk mereka namun kalau mereka tidak mahu mengikutinya, nak salahkan siapa?..


No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...