Thursday, July 30, 2020

AKU BUDAK SAFETY PART 33: WAH , KEBIASAANNYA KESABARAN KITA DIUJI...


Sebagai pengamal keselamatan dan kesihatan, kita biasa berdepan dengan situasi yang mana tindakan pekerja di tempat kerja

Setiap kali kita mengadakan Taklimat Keselamatan, aspek aspek penting dalam bekerja di Tempat Tinggi antara perkara di ambil perhatian. Nampak sahaja semua yang hadir memahaminya akan tetapi REALITInya faktor cari duit lebih besar nilainya daripada sebuah nyawa...Apabila seorang pekerja mengendahkan peraturan keselamatan di tempat kerja dan kita tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas nya termasuk memecatnya jika terus engkar, maka pekerja lain juga akan turut serta engkar. 

Akhirnya tempat kerja tidak dapat di kawal dan kita kehilangan kuasa mengawal apabila teman teman sekerja turut sama tidak mengendahkannya. Ini biasa berlaku kerana kakitangan biasanya menganggap kerja kerja memantau keselamatan dan kesihatan di tempat kerja itu hanyalah tugas pengamal keselamatan semata mata padahal mereka lupa akan

Apabila anda berada di tempat kerja dan anda diberikan tugas sebagai orang yang kompeten bagi perkara perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan, pesanan saya gunakan peranan yang telah diberikan untuk memastikan setiap kakitangan sekerja memahami tanggungjawab mereka berkenaan hal hal berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.

Ini adalah kerana apabila berlakunya kemalangan sudah pasti akan memberikan situasi tidak selesa kepada mereka yang terlibat dan sudah pasti adanya tidak dapat tidur malam kerana risau di soal siasat oleh pihak JKKP. Jangan ambil mudah perkara perkara remeh. 

Saya ambil contoh, seorang pekerja yang tidak pernah BEKERJA DI TEMPAT TINGGI, dia akan terdedah kepada bahaya dan risiko untuk jatuh adalah tinggi. 

Walaupun kemahiran SPIDERMAN nya hebat, boleh meniti formwork yang tirus, boleh lompat sana lompat sini, panjat sana panjat sini tanpa guna tangga dsb, lambat laun apabila tidak kena pada tempat dan masa, terjatuh , bukan sahaja dia yang masuk hospital , kita juga boleh masuk hospital wad gila.
Ingat pesanan Abam ini, Jangan sampai sudah terjatuh baru terngadah. Cegah sebelum ianya parah..

Akhir kata, selamat bertugas buat semua. Dan kepada adik adik yang bakal duduki exams SSS ataupun SHO , kalau perlukan bantuan ataupun semakan WPA boleh hubungi abam dengan syarat subscribe blog abam wokie....

Bye bye...,






No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...