Wednesday, September 12, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 30: HAZARD DAN RISK, RAMAI KELIRU

Semua pengamal keselamatan pasti tau bab ini. Otai otai safety selalu cerita kat aku dulu supaya hati hati dalam hal melibatkan HAZARD, RISK dan EFFECT/ CONSEQUENCES. Dulu aku pun macam korang jugak. Pening juga nak bezakan. Tapi lama lama duduk dalam industri sambil sambil belajar daripad orang lama dalam bidang safety baru kini nampak jalan lurus .. Dah selalu sangat kena bahan Otai Safety beb... Salah sikit memang kena berus sampai kering... Nak belajar benda baru memang beginilah.. Pengalaman jadi Engineer tak boleh pakai kalau bab safety ini.. Tu yang best tu.. Belajar benda baru..

Masa jadi Engineer, Project Manager dulu tengok pekerja ilek ilek atas bumbung tingkat 4 tak pakai Safety Harness tak rasa apa apa. Tak ada perasaan pun nak tegur. Bila dah ambik kursus Safety, sensitiviti kepada hal hal berkaitan dengan safety ni nampak semakin tinggi. Mula mula tu memang susah lah sikit . Biasalah .. Rookie level kan.. Bimbang kalau kalau Budak Safety macam aku ni Stop Kerja pasal tak selamat nanti kena balun Boss pasal nak kejar Progress. 

Jadi sekarang ni dah lali. Kalau tak ikut safety rules, kerja tak selamat. terus buat Stop Work Order. Tak ada sesiapa berani nak overrule pasal Otai Safety dah bagu tunjuk ajar pada masa itu.. Cantik kawtim sudah.. Kalau aku keluarkan  Stop Work Order disebabkan Unsafe Act Unsafe Condition dan Management kat site tak follow arahan tersebut, mudah saja aku nak menjawab kalau berlakunya kemalangan. Dah confirm boleh cari orang yang bertanggungjawab.. 

Bila sebut UAUC ni, yang inilah buat ramai orang keliru termasuklah aku. Dulu nak bezakan UAUC dengan Hazard Risk Effect sikit punya payah... Tapi yalah kita ni budak baru belajar masa tu lah kan.. Jadi sekarang ni handallah sikit tapi taklah sampai bole lawan Otai Otai Safety yang pernah bagi tunjuk ajar pada aku dulu. Jadi hasil tunjuk ajar mereka maka aku pun nak berkongsi dengan korang sume yang mana satu dikatakan HAZARD, UNSAFE ACT, UNSAFE CONDITION, EFFECT dan Risk. Apakata kita gunakan satu gambar....
LIFTING OPERATION

HAZARD :
1. Beban yang sedang diangkat naik. 
Unsafe Act :
1. Operator Kren mengangkat beban naik guna penyangkut loading base yang rosak.
2. Pekerja lalu dibawah beban yang sedang diangkat naik.
Unsafe Condition :
1. Beban diangkat guna Penyangkut loading base yang rosak 
Effect / Consequences :
1. Pekerja maut ditimpa beban yang sedang diangkat naik yang penyangkutnya rosak (ACCIDENT)
2. Kalau hampir kena (NEAR MISS)
Bagaimana pula dengan RISK?
RISK = Pekerja berjalan dibawah Beban yang sedang diangkat naik yang berpotensi untuk jatuh dan menimpa mereka
Biasanya sebelum LIFTING OPERATION dilakukan HIRARC akan disediakan untuk menentukan Darjah RISIKO yang terlibat bagi menentukan apakah RISK CONTROL yang bersesuaian untuk mengawal kerja kerja mengangkat beban itu.

Salah satu daripada RISK CONTROL adalah sebelum kerja mengangkat dilakukan, pemeriksaan menyeluruh perlu di lakukan ke atas kesemua peralatan mengangkat. Jika pemeriksaan mendapati penyangkut pada loading base rosak, maka kerja kerja mengangkat tidak akan dibuat sehingga penyangkut yang rosak diganti baru. Satu lagi RISK CONTROL adalah pekerja tidak dibenarkan berada di laluan di mana beban sedang diangkat walaupun penyangkut rosak sudah ditukar..

Ada yang mahu memasukkan penggunaan PPE dalam pemerhatian di atas akan tetapi kalau ada PPE sekalipun ia tidak dapat menyelamatkan pekerja tersebut daripada di timpa beban. Oleh yang demikian, penggunaan PPE tidak wajar dimasukkan ke dalam situasi di atas. Maknanya  ISOLATION adalah RISK CONTROL PALING BAIK untuk diguna pakai.

Semoga perkongsian ini memberi menafaat buat semua...

1 comment:

  1. Hai nak tanya. Kalo paper 4 kena kerja dulu baru bole jawap ke dy ni xda pengalaman kerja

    ReplyDelete

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...