Wednesday, August 29, 2018

ABS PART 23: KONTRAKTOR PERLU HADIRI KURSUS CEP JUGA

Mahu tidak mahu kena laksanakan juga ARAHAN supaya KONTRAKTOR yang nak berdaftar dengan CIDB ataupun nak memperbaharui lesen mereka perlu mengikuti kursus Safety and Health. Kenapa? Boleh tanya para Otai Safety yang dah lama kerja dalam industri, berapa ramai majikan yang benar benar faham keperluan safety di tempat kerja mereka atau di tapak projek mereka? Aku pasti mereka boleh dibilang dengan jari..

Kalau adapun cuma segelintir sahaja yang mahu safety and health rules dilaksanakan di tapak projek mereka. The bottom line, majikan tetap melihat safety itu sebagai satu keperluan yang kedua penting selepas KEUNTUNGAN. Sebab itu aku amat bersetuju agar program pembangunan berterusan kontraktor aka CCD (CONTRACTOR CONTINUOUS DEVELOPMENT) dirombak dengan memasukkan subjek wajib hadir KURSUS SAFETY AND HEALTH sekurang kurang 40 CCD. Ini penting kerana kontraktor ini rata ratanya adalah majikan yang paling banyak mengambil pekerja pada satu satu masa. Pendedahan maklumat berkenaan dengan safety and health kepada para majikan amat penting sekali supaya mereka faham kepentingan safety and health di tempat kerja dan memahami kenapa tugas dan tanggungjawab seorang BUDAK SAFETY di tempat kerja amat penting dalam memantau aktiviti aktiviti yang bersangkutan dengan safety and health. 

CIDB perlu memainkan peranan sebagai PEMACU kepada kelahiran kontraktor yang lebih bertanggunbjawab di dalam segala aspek teknikal dan keselamatan di tapak bina. Mereka perlu menjadi orang yang paling penting dalam memastikan segala arahan dan nasihat daripada BUDAK SAFETY dipenuhi selaras dengan keperluan yang ditetapkan di dalam OSHA 1994 dan FMA1967 serta lain lain perundangan yang berkaitan seperti EQA. 

Menghadiri sesi taklimat ataupun kursus berkaitan dengan Safety and Health tidak menjadikan seseorang Majikan itu arif dan kompeten di dalam bidang safety and health. Ianya adalah salah satu alat untuk menyampaikan secara terus aspek aspek dan keperluan keperluan safety yang perlu dipenuhi di tapak terutama sekali yang berkaitan dengan SAFETY AND HEALTH OFFICER ORDER 1997 OSHA 1994 dan BOWEC 1986 FMA 1967. DENGAN kerjasama JKKP di dalam pemantauan perlaksanaan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan di tapak bina bersama CIDB diharap dapat meningkatkan imej dan reputasi industri pembinaan negara yang cukup terjejas berikutan tingginya rekod kemalangan industri yang dicatatkan setiap tahun. JKR selaku agensi pelaksana pula perlu memainkan peranan memastikan Kontraktor yang diberikan Kontrak mempunyai rekod yang baik dari aspek pemeriksaan dan audit keselamatan dan kesihatan dengan adanya PENGESAHAN PENSIJILAN ISO45001:2018 dan SHASSIC...

WALAUPUN keperliuan mewajibkan majikan sendiri hadir kursus Safety and Health, kita sebagai pengamal keselamatan ingin melihat ianya dilaksana...... Selama mana yang praktik maka laksanakan lah... 

'PEKERJA CERMAT, TAPAK BINA SELAMAT"  

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...