Friday, August 31, 2018

ABS PART 24: GAJI JE BESAR TAPI KERJA CIPUT

PASTI KORANG PERNAH DENGAR KAN  ORANG KATA KERJA SAFETY NI GAJI NYA CUKUP LUMAYAN SAMPAI ADA ORANG TUKAR PROFESSION JADI BUDAK SAFETY...Pernah dengar kan orang kata pada Budak Safety dapat gaji canti, besar tahap gaban tapi kerja tak seberapa pun. Macam orang lain jugak. Kenapa perlu bayar gaji tinggi p[ada Budak Safety kalau kerja ciput je? Kan perabih duit je. Lepas dalam Kontrak pulak kata kena lantik Budak Safety kalau projek melebihi RM500k dan kalau lebih RM20 kena pula lantik seorang lagi Budak Safety nama SHO.
 

Masa masuk tender, kontraktor siap bubuh gaji Budak Safety RM3000 - RM4000 tak boleh lebih risau nanti tender tak kena. Bila tender kena, kontrak dah sign, tampal notis iklan kerja kosong untuk Budak Safety untuk projek. Berbondong-bondong dapat surat permohonan daripada Budak Safety yang berminat kat luar sana. Apa yang kontraktor buat? Senaraikan Budak Safety yang minta gaji dalam lingkungan seperti dalam Kontrak. 

Masa nak buat senarai pendek tu, cukup punya susah kerana walaupun gaji yang dipohon memenuhi jangkaan tapi apabila masa temuduga gaji yang diminta kena dinaikkan pasal ada beberapa perkara bakal majikan tidak sediakan. Last last tak dapat kerja. Ada yang dapat kerja tapi cukup 2 3 bulan cabut lari pasal gaji tidak setimpal dengan kerja. Yang hairannya kenapa orang kat luar kata kerja Budak Safety ni tak banyak mana? Kalau tak banyak kenapa Budak Safety rasa tak sanggup nak stay lama dengan gaji yang tawarkan?..

Ada majikan sampai projek dah jalan 3 4 bulan masih tak ada Budak Safety kat site. Alasannya kata tak ada calon yang berminat nak kerja di site padahal pada hakikatnya majikan nak save duit taknak bayar gaji lebih besar daripada yang dimasukkan dalam tender. Hei, itu korang punya pasal masukkan kos gaji Budak Safety kecik. Last last cari idea lain.

Memang tak dapatlah kan.Sebenarnya ada banyak sebab. Tapi yang paling utama adalah apabila Budak Safety nak buat kerja dia, majikan tak sokong keperluan yang diminta. Last last dia resign cabut lari. 2 3 bulan masih tak dapat cari pengganti terpaksalah Budak Safety laman tolong advise untuk dapatkan kebenaran daripada JKKP gunakan Section 21 OSHA  1997 Safety and Health Officer Regulation minta kerja di benarkan berjalan selama 3 bulan maksimum sementara menunggu pengganti masuk site. Akhirnya mau tak mau kena bayar juga gaji besar pada Budak Safety. Kalau awal awal buat kan senang. Tak pening kepala.

Adakah disebabkan oleh gaji semata mata? Pastinya tidak. Seorang Budak Safety yang berdedikasi sentiasa mengutamakan kerjanya seharusnya setimpal dengan tugasannya. Ramai orang berfikir bahawa dengan gaji yang besar boleh duduk diam dan kerja minima. Aku pernah dapat gaji kecik tapi kerja yang aku buat lebih banyak. Macam macam dibuat. 
Kenapa tak buat kerja safety berdasarkan besar gaji sahaja? .. Sebab nak kerja safety tidak boleh buat sebahagian kemudian sebahagian yang lain ditinggalkan. Memang tak boleh. Sebab itu Gaji Budak Safety lumayan dan kerja mereka pun calang calang banyak.. Bukan setakat pandai memantau kerja, memaki pekerja semata mata. Paperworks kena power . Rekod Safety mcm Inspection Forms dan Filing System kena cantik. Surat menyurat kena cekap pasal kalau ada apa apa berlaku, rekod surat menyurat akan jadi saksi kerja kita. Bukan itu sahaja, kecekapan menafsir undang undang dan akta yang berkaitan dengan safety and health perlu ada. Penyediaan HIRARC, JHA, HSE PLAN perlu ada kemahiran. Lepas tu, di tambah lagi dengan buat report lagi, audit site, conduct mesyuarat JKKK, sediakan minit mesyuarat dan macam macam lagi. Nampak senang tapi tidak mudah apatah lagi kena melayan kerenah pekerja yang pelik pelik di tapak. 
Bekerja sebagai Budak Safety tidaklah perfect. Tidak mengapa kalau tidak perfect. Kita kan manusia jadi perfection tu memang takkan dapat. Akan tetapi, orang masih cakap Budak Safety tak banyak kerja. Lepas Safety Toolbox, ileklah....Jangan macam itu kengkawan. Pertahankan kepentingan tugas kita di tempat kerja sebab itu perlantikan kita dinyatakan dengan jelas di dalam Kontrak selaras dengan OSHA 1994 (Safety and Health Officer) Regulation 1997 bersama dengan ORDER sekali. Ini mencerminkan betapa fungsi kita sebagai Budak Safety cukup penting...

Jadi kalau sesiapa sahaja masih tak nak terima hakikat yang kita ni Budak Safety mainkan peranan sama penting dengan tugas seorang Pengurus Projek menyiapkan projek, cuba suruh dia orang tanya pada doktor berapa gaji mereka selamatkan nyawa pesakit yang terlibat kemalangan?.. 

TUGAS KITA LEBIH TINGGI DARI DOKTOR. KITA SELAMATKAN NYAWA ORANG SEBELUM MEREKA BERJUMPA DENGAN DOKTOR..NAH SEKARANG TANYA MANA SATU LEBIH TINGGI GAJINYA?.. 

















No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...