Tuesday, September 4, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 26: BERSAMA GRAB CAR PROMOSI SAFETY....


Kemalangan di jalan raya adalah antara penyumbang tertinggi statistik kematian di negara kita. Walaupun pelbagai usaha di lakukan , kekerapan kemalangan memang sukar untuk dibasmi . Kemalangan paling banyak direkodkan pada musim musim perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina dan sebagainya kerana pada masa itu banyak kenderaan berada di lebuhraya utama dan ramai pengguna jalanraya tidak sabar untuk smapie ke kampung halaman menemui keluarga yang lama ditinggalkan ataupun terus ditinggalkan kerana hajat tidak sampai akibat daripada terlibat dalam kemalangan maut.

Kempen keselamatan di jalanraya sering kali dilaksanakan oleh agensi agensi kerajaan seperti PDRM, JPJ bersama badan badan lain bagi memupuk sikap pemanduan berhemah. Namun masih ada yang tidak mengendahkan program program sebegini. Kadang kadang ada juga terfikir untuk pacak papantanda keselamatan yang lebih provokasi seperti begini " PANDULAH DENGAN LAJU SUPAYA ISTERI ANDA CEPAT JADI BALU" ataupun "SEBELUM MEMANDU BACALAH INNALILLAHI WAINAILAIHIRAJIUN, TAKUT TAK SEMPAT" 

Aku tengok para pemandu kita ni suka sangat langgar undang undang. Kalau dilarang mereka langgar, kalau disuruh langgar mereka segan pulak nak buat. Macam tak ada thrill kalau disuruh langga undang undang jalan raya ni... Jadi kalau nak mencuba teknik baru ni , boleh pacak di jalan persekutuan dulu sebab walaupun kenderaan di pandu agak perlahan kerana jalan sempit tapi kalau bab memotong last minit, ramai pemandu hebat hebat akan kita jumpa di HOSPITAL.

Sebagai pengamal keselamatan, aku berpendapat bahawa kempen keselamatan di jalanraya perlu diteruskan dengan penuh istiqamah. Tiada siapa pun mahu terlibat dalam kemalangan tapi tengok berapa laju mereka bawak kenderaan. Ada yang sampai habis pusing spedometer. Aku yakin ada Budak Safety yang turut ambil duit ektra bawak GRAB CAR kan kan. Pasti mereka amat arif tentang bagaimana GRAB CAR mampu dijadikan contoh yang baik kepada pemandu yang lain terutama sekali pemandu teksi dan bas. 

Jadi apa kata kalau pihak GRAB CAR bersama sama dengan pihak agensi Kerajaan bekerjasama untuk jadikan pemandu GRAB CAR yang mendapat skor terbanyak dari segi  pemanduan berhemah yang diberikan oleh pelanggan diberikan anugerah sebagai IKON KESELAMATAN JALANRAYA.

'PANDULAH DENGAN CERMAT INGATLAH MEREKA YANG TERSAYANG"

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...