Thursday, September 6, 2018

AKU BUDAK SAFETY Part 27: KEMALANGAN MAUT, MUKA PUN PUCAT

BAB INI PALING SEMUA ORANG TAK SUKA.. Bila berlakunya kemalangan di tempat kerja dan melibatkan kecederaan parah ataupun kematian.. DOSH masuk kawasan, tutup tempat kerja dalam tempoh yang tidak ditentukan bagi melindungi kawasan kemalangan. Pada masa itu mulalah tangan garu kepala. Tanya itu dan ini. Cari mana mana dokumen yang boleh sokong pembelaan. Majikan mula gusar, Pengurus Projek tak tentu hala, Jurutera dan beberapa orang yang terlibat melakukan kerja kerja penyeliaan di tapak tidak senang duduk. Dan yang paling PANAS BUNTUT adalah BUDAK SAFETY...Kenapa?

Budak Safety biasanya adalah orang yang kompeten (OYK) dalam bidang keselamatan dan kesihatan. Pada pandangan umum Budak Safety lah pegang semua tanggungjawab ke atas semua perkara yang berlaku di tempat kerja atau tapak bina yang melibatkan aspek keselamatan dan kesihatan. 
Saban hari kita melihat mereka yang merasakan diri mereka BUDAK TEKNIKAL SAHAJA ni tidak ambil tahu hal hal berkenaan dengan safety and health di tapak bina. Seringkali kita tengok Pengurus Projek buat muka selamba memantau pekerja buat pemasangan formwork di tingkat 3 tak pakai PPE. Yang dia biasa tanya bila boleh siap?. BILA BERLAKU kemalangan nanti dia takkan mengaku bertanggungjawab padahal beliau berada di situ di untuk melihat tindakan tidak selamat itu...

Bila accident, semua mata telunjuk tangan dan kaki , telinga semua ditumpukan pada Budak Safety. Bagi Budak Safety yang masih baru tak ada pengalaman terlibat kemalangan maut memang berpeluh peluh. stress pasal semua tudingan ke arah nya... Padahal Safety and Health ini tanggungjawab semua pihak yang berada di tapak...HAIRAN BIN AJAIB bila hanya Budak Safety yang pikul semua beban.
Dulu pernah satu kes tanah runtuh di Tanjung Bungah di Pulau Pinang pada September 2017 yang mengorbankan 11 orang pekerja memberikan satu pandangan yang cukup menyakitkan apabila kes tersebut diperdengarkan di mahkamah. Pegawai Keselamatan bagi projek terlibat, RAJ KUMAR SHANMUGAM berkata ramai menyalahkan beliau di dalam kes tersebut (BACA DI SINI). menyebabkan beliau tidak dapat tidur selama seminggu kerana berasa trauma akibat kejadian tersebut. Bayangkan kalau kita berada di kedudukan beliau.. ?...Bagaimana kita selaku orang yang terlibat di dalam industri melihat kes beliau sebagai contoh?

KATA orang MALANG TIDAK BERBAU tapi MALANG BOLEH DICEGAH KERANA adanya RISK ASSESSMENT yang buat oleh OYK(Safety&Health) bersama dengan AJK KKP di tapak. Namun bagaimana baik sekalipun RA itu dibuat tapi BUDAK TEKNIKAL tak nak IKUT dan MANAGEMENT nak JIMAT KOS, ia tetap akan jadi issue utama. Dan inilah yang dinyatakan dengan jelas oleh SHO RAJ KUMAR dalam pendengaran kes Tanjung Bungah.. 

Walaupun kejadian ini telah pun berlaku tapi kesannya kepada pengamal keselamatan diibarat seperti PARUT yang kekal lama. Walaupun kita dilatih dengan baik sampai ke tahap KOMPETEN akan tetapi tugas dan tanggungjawab kita perlu mendapat sokongan daripada mereka mereka yang turut terlibat di dalam tapak bina. Apa kan daya , kita selaku manusia biasa diberikan tanggungjawab murni ni maka kita kena laksanakan dan akhirnya...

YANG PASTI ... ada benar apa yang dikatakan oleh SHO RAJ KUMAR "SOMETIMES FOR EMPLOYERS SAFETY IS JUST IN THEORY BUT IN PRACTICE THE WORK MUST CONTINUE."

“But here I had no power to stop work. It would be good if one day the power is given to the safety officer to stop work, to be the decision maker,” RAJ KUMAR said, adding that everything now went through the project manager.


VIDEO KREDIT: STAR ONLINE
KREDIT FOTO: FREE MALAYSIA TODAY

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...