Wednesday, July 25, 2018

SAMPURE MINERALS: JENAMA KOSMETIK HALAL UNTUK WANITA MUSLIMAH


Tidak ramai yang mengetahui bahawa terdapat beberapa jenama kosmetik yang bebas daripada sebarang unsur daripada binatang. Kita sering kali mendengar jenama jenama terkemuka seperti Lancome, SK-II , Loreal, Revlon dan sebagainya tapi agak kurang mengetahui tentang jenama ini , SAMPURE MINERALS.

Jenama kosmetik ini diasaskan di United Kingdom pada tahun 2009 dan telah menetapkan objectif tidak akan menggunakan sebarang ramuan yang diperolehi daripada binatang sesuai dengan tujuan nya yang mahu hanya unsur unsur mineral sahaja terdapat di dalam isi kandungan produk mereka.


SAMPURE MINERALS terhasil daripada inspirasi seorang wanita yang mengimpikan untuk membawa satu produk solekan HALAL kepada wanita wanita Islam di Britain namun beliau tidak menemui satu produk pun di UK seperti yang dimahukan lalu mencipta SAMPURE MINERALS dan jenama ini kekal sebagai jenama  pertama daripada Eropah diberikan pengiktrifan  HALAL.

Kenapa SAMPURE MINERALS menekankan kepada Ramuan Mineral? 
Ini Jawapannnya...

Tuesday, July 24, 2018

ZALORA, RAKAN SEPHORA YANG CANTIK



ZALORA, nama yang tidak asing lagi di kalangan kaum HAWA. Boleh dikatakan ZALORA ini almari para wanita yang gemarkan fesyen terkini dan sentiasa "up to date". Menawarkan pelbagai rekabentuk fesyen pakaian daripada berbagai jenama terkemuka seperti MANGO, DOROTHY PERKINS, HOLLISTER ALDO, ZALORA yang terkenal dengan gaya belian atas talian sentiasa segar dalam menyajikan tawaran tawaran istimewa buat pelanggan mereka. 

Walaupun pelanggan utama ZALORA adalah para wanita, namun golongan lelaki yang TRENDY dan BERGAYA juga memilih untuk membeli belah atas talian di ZALORA. Dengan puluhan jenis pakaian dan kasut berjenama terkemuka khusus untuk LELAKI SEGAK pastinya ZALORA menjanjikan pengalaman membeli belah yang sukar untuk dilupakan..

Namun perkongsian ini bukan berkenaan dengan kelebihan gedung pakaian yang dimiliki ZALORA tapi ..

Monday, July 23, 2018

MAKHLUK HALUS PALING DI TAKUTI MANUSIA DI DUNIA





PERNAH LIHAT BENDA ALAH NI....???... Ini adalah pasangan dua ekor burung mainan ROBOT yang paling KIUT yang dipanggil HATCHIMALS keluaran SPINMASTER... Untuk mendapatkan kedua dua burung ini, anda kena keluarkannya daripada telur. Dan untuk membolehkan telur itu menetas, anda kena sabar menunggu. Sudah pasti penantian itu satu penyiksaan bagi kanak kanak tapi hasilnya amat berbaloi kerana apabila telur itu menetas maka kedua dua burung ini akan mula berkomunikasi dengan anak anda mengikut pergerakan dan bunyi suara anak anda ataupun bercakap sesama mereka sendiri...

Dulu pernah permainan sebegini dikeluarkan oleh pihak PlaySkool bernama.....

Sunday, July 22, 2018

SELAMAT HARI SARAWAK: TOK NAN DALAM KENANGAN


SELAMAT HARI SARAWAK buat semua warga Sarawak. 22 Julai setiap tahun adalah tarikh di mana Negeri Sarawak buat pertama kalinya mendapat pemerintahan sendiri daripada British pada tahun 1963. Sejarah hari ini tidak terdapat dalam mana mana sukatan pelajaran untuk subjek SEJARAH. Apa yang kita tahu hanyalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957 dan pembentukan MALAYSIA pada 16hb September 1963. Ini saja yang kita tahu..
Namun insan istimewa bernama Tan Sri Adenan Satem (Allahyarham) membawa kita semua kembali mengingati sejarah Negeri kita, Sarawak. Kita mulai kenal sejarah negeri kita , hak kita dalam Perjanjian Malaysia. Kita mula mengenali saudara saudara kita yang berlainan bangsa dan agama. Kita tidak lagi dipanggil LAIN LAIN malah kitak semua kini mula menerima bahawa tidak mengira apa bangsa kita, rumpun bangsa kita hanyalah satu yakni BUMIPUTRA.

Kita semakin mendekati ke arah satu bangsa yang bersatu di zaman beliau sehingga Bandaraya Kuching digelar City of Unity. Kita berbangga dengan gelaran itu kerana kita sudah biasa duduk bersama minum bersama mandi bersama hidup segalanya bersama. Allahyarham TOK NAN berjuang untuk kita semua dan bagi mengenang jasa para pejuang Sarawak terdahulu maka 22hb Julai di isytiharkan sebagai Hari Sarawak....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...