Sunday, February 20, 2011

4.09PM ..SARAWAK REGATTA .. SKETSA

Ini ada satru cerita .. Cerita orang zaman MENSIA (dulu-dulu dalam Bahasa Sarawak). Kalau berpesta jangan lupa mereka yang berseloka.. Kerana berseloka membuat orang ketawa. Ketawa menghilangkan kecewa.. Untuk mereka yang KALAH. Kalau yang MENANG, seloka menambahkan keriangan.

Di sepanjang  3 hari Sarawak Regatta, bermacam-macam aksi dan reaksi mereka yang terlibat di dalam pertandingan kali ini.. Riak kecewa, gembira, kelesuan, keletihan terpancar di wajah-wajah pengurus pasukan, pengayuh, pemilik pasukan serta penyokong.


Di sepanjang kejohanan yang bermula dari Petang Jumaat, 30 hb Julai 2010, lebih daripada 50 acara telah dipertandingkan dengan memperlihatkan penyertaan ramai pasukan yang kuat termasuk pasukan LANDAS milik Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak. Pasukan kita orang JANG memang dikenali ramai sebagai pesaing terhebat. Namun kadang-kadang , nasib lebih menyebelahi pasukan LANDAS.

Inilah aksi - aksi ahli pasukan serta penyokong pasukan kita orang. Berpakaian kuning hitam, mereka sentiasa memberikan sokongan yang tidak terhingga kepada pasukan JANG walaupun adakalanya berlebihan. Biasalah Over Emotional...Nak Menang saje dia orang ni.. 



Aku bukan pendayung pasukan tapi aku hanya penyoong kat darat je. Jadi kesempatan itu aku gunakan untuk mengambil beberapa candid shot rakan-rakan sepasukan untuk kenang-kenangan.

Haa..Pada hari Jumaat tu, aku sorang je pakai baju warna Hijau pasal aku tak dapat lagi  baju Korporat untuk dipakai pada hari Sabtu dan Upacara penutup pada hari Ahad. Namun aku tetap memberikan sokongan yang tinggi kepada pasukan JANG.


Banyak jugak kita menang pada hari pertama dan kedua. Ini adalah sebahagian daripada trofi yang kita menangi di sepanjang kejohanan. Trofi yang besar -besar adalagi kat belakang tapi aku tak sempat nak ambik gambar pasal bos dah bawak balik markas bagi meningkatkan moral rakan pendayung. ALAHAI...
Yang bergambar bersama dengan aku ni, sepupu aku DR NRBAIZURA @NANO.. Beliau bertugas sebagao doktor STANDBY di masa kejohanaan hari kedua.. Masih SINGLE WOOOOO....
Ini pulak colleague aku yang juga rakan sepasukan. Su namanya. Asyik tidur je memanjang. May be tak cukup tidur pasal jaga anak di tengah malam kot. Walaubagaimanapun ketiduran beliau tidak menjejaskan prestasi pasukan pasal dia ahli pasukan sorak je... 
Dalam ramai-ramai, team kita orang gak import pengurus dari Texas, USA. Tak caya..? Tuuuuu... sibuk memberikan arahan kepada anak-anak buahnya sambil di apit oleh penolong pengurus dan setiausaha sulit.. Macam ahli politik bunyi noooooo...
Yang ni pulak. adalah koleksi aksi ketika pertandingan pada hari penutup. Macam-macam ragam dan aksi yang dia orang buat.

Ini pulak aku ambik shot masa kita orang menunggu kedatangan VIP termasuk YAM Tengku Sulaiman Shah.. 

So berakhirlah sudah kenangan ku pada Sarawak Regatta untuk tatapan rakan-rakan semua. Semoga kita berjumpa lagi di Sarawak Regatta tahun 2011 nanti.

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...