Kalau boleh kita nak syarikat penerbangan sokong usaha kita sebagai Budak Safety. Kalau pihak MALAYSIA AIRLINES atau AIRASIA atau MALINDO AIR boleh bagi DISCOUNT CARD pada pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ianya sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan apa, kos tiket penerbangan adalah antara halangan utama kepada Budak Safety seperti aku untuk terbang ke Tanah Seberang untuk hadir KURSUS yang diperlukan. Maklum sajalah majikan tak cover cost kursus apatah lagi nak tampung kos perjalanan dan penginapan. Setakat gaji ciput memang tak lepas, Syukur bagi yang kerja di Tanah Seberang dan dapat gaji yang lumayan. Mesti best kan...
Kebanyakan kursus yang hebat hebat dianjurkan oleh pihak di Tanah Seberang. Jadi kita yang duduk di Tanah Borneo memang agak terbatas untuk ke sana melainkan tak ada pilihan. Dan memang diakui dalam kebanyakan masa, memang tiada pilihan... Kalaulah syarikat penerbangan dapat bantu itu satu penghargaan buat kita sebagai Budak Safety..
Kalaupun tidak memberikan keistimewaan itu kepada Budak Safety secara peribadi, kalau tawaran sebegini diberikan kepada persatuan persatuan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti Malaysian Society of Occupational Safety and Health (MSOSH) ataupun Malaysian Council of Occupational Safety and Health (MCOSH) ataupun mana mana persatuan OSH yang berdaftar pun dah cukup baik. Sekurang kurangnya ahli persatuan dapat menikmati keistemewaan yang diberikan.
AIR ASIA dan MALINDO AIR sebagai contoh mungkin boleh berbuat demikian memandangkan ianya adalah syarikat penerbangan milik korporat. Kalau mereka sudi kasi, pasti ramai BUDAK SAFETY akan memilih untuk terbang bersama syarikat penerbangan terbabit. Afterall, dunia penerbangan juga memerlukan orang orang seperti Budak Safety untuk memeriksa pekerja dan peralatan mereka.
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.