Friday, February 11, 2011

1:11PM ... CERITA ZAMAN DULU-DULU

Masa aku sekolah menengah dulu, di SMB St Joseph, Kuching aku memang orang kata level aku ni level budak baik punya. Muka nerd semacam je . Dah badan kurus macam batang pinang.. Kalau buat muka seposen memang orang tak sangka yang aku ni ada pegang watak penjahat dalam kehidupan remaja ku dulu.. Salah satu perkara yang aku buat masa remaja dulu ialah menyabung/melaga ayam.. Menyabung ayam tak ada dalam budaya Melayu ni beb.Terpengaruh punya hal... Disebabkan adik aku si JOHN pada masa tu pun sama kaki sabung ayam so aku joinlah sekaki... Apa lagi mintak ler anak ayam sabung dari arwah atuk aku.. (Tapi atuk aku tak sabung ayam, dia cuma bela ayam je..)

Masa tu, aku masih lagi di tingkatan 1, sekolah sesi petang. So pagi-pagi aku pergi ke reban ayam kat belakang rumah, ikat kaki ayam bagi dia makan rumput.. Asyik makan dedak boring jugak ayam tu nanti.. Ayam jantan pertama ku berbangsa (jenis) Filipina tapi kalau disebut Ayam Filipina gerenti kena gelak punya. Aku bela sampai besar. So biasanya orang panggil Ayam Filipina ni Ayam Pilipin pasal asalnya dari Filipina. Ayam ni berwarma merah berkilat. Cantik, Ekornya panjang macam kipas.. Kalau lawan dengan ayam tempatan gerenti boleh menagn punya pasal gerakannya laju dan terbang tinggi manakala ayam tempatan main silat je lebih tapi tak kuat..Macam kat gambar kat bawah ni haaa..
Thanks to ManCekak.blogspot.com

Actually masa aku jadi kaki sabung ayam ni (pelaga ayam ler), aku gunakan masa tu untuk timba ilmu jugak. Dari situ aku dapat tahu jenis -jenis ayam sabung (laga)..  Ada bermacam-macam jenis.. Ayam yang aku bela tu jenis Ayam Pilipin biasanya di panggil jugak dengan nama Bereng.. 
Kalau yang berwarna kuning plak ada yang dipanggil Naneng, Jelayan, yang berwarna putih ada yang digelar Labang, Labang Kubah.. Jenis yang lain macam Tuntung Burung, Kicong, Manok Dayak (Ayam Dayak), Siam, Borek, Jalak Lenteng, Banda, Mountain Eagle, Kobra ( Sebijik Macam Hering yang tak bulu kat bahagian tengkuk).
Ayam Jenis Labang (Courtesy HybridGameFarmTeam)

Ayam Jenis Naneng (Courtesy HybridGame FarmTeam)
Memang syok giler laga ayam ni. Masa tu aku tak minat langsung nak bergirlfiriend.  Setiap kali balik sekolah aku terus ke reban ayam, check ayam kesayangan. Manalah tahu kot-kot kecurian pasal masa tu bab curi ayam ni memang isu hangat kat kpg. Aku sendiri pun pernah curi ayam... masa main bola....hehehehe...
Bila time laga ayam, aku bawaklah ayam aku ke rumah kengkawan yang lain, test ayam dia orang. masa tu aku tak main bab-bab laga ayam sampai mati ni. Kita orang laga ayam sampai salah seekor daripadanya BACUL (TAKUT) pada yang seekor lagi. 

Walaupun aku ni kaki laga ayam, pendek kata bila bab study, aku tak lupa punya.. Study tetap diutamakan. Bila aku dapat result cemerlang dalam SRP aku ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Miri di Bakam. Sejak aku masuk sekolah tu, aku mula menjauhkan diri daripada hobi laga ayam. Maklumlah sekolah ni bercampur dengan pelajar perempuan so perasaaan malu tu mulai timbul. Setiap kali balik kampung masa cuti persekolahan, aku tidak lagi bela ayam sabung, tidak lagi berminat nak pegang ayam walaupun kerja bela ayam tu diambilalih oleh ABAH sampailah aku masuk Universiti.

Jadi one day aku balik dari Universiti mak aku buat kan aku ayam panggang. Resepi mak aku sendiri. Memang sedap. Biasalah air tangan mak ni memang sukar nak dilupakan..


So aku tanyalah mak aku "Sedap ayam panggang yang mak buat ni."...
Selamba je mak aku jawab,"Apa yang tak sedapnya.. Ayam yang kau bela kat belakang rumah tu yang Abah kau sembelih.."
"GULP" Aku hanya menelan  air liur je...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...