Admin bukan pakar dalam bab bab sebegini namun mengambil pendirian tersendiri yakni menyerahkan hal hal sebegini kepada mereka yang arif. Memang benar LBGT ini adalah sesuatu perkara berat yang memerlukan suatu tindakan yang sewajar di ambil bagi mengelakkan gejala tidak sihat ini menular di dalam masyarakat kita pada hari ini. Apatah lagi dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermoral sering dikaitkan dengan golongan ini, persoalan pokok yang memerlukan jawapan yang jelas apabila ianya melibatkan akidah seseorang dan juga keyakinan seseorang manusia itu terhadap Yang Maha Pencipta.
Pada Julai 2017, portal berita Metro UK pernah memaparkan tentang perkahwinan pertama dua pasangan Gay beragama Islam di Britain. Jahed Choudary dan Sean Rogan melakukan upacara pernikahan di Pejabat Pendaftaran Warsall UK. Walaupun hubungan mereka berdua mendapat tentangan daripada keluarga, mereka tetap meneruskan pernikahan tersebut. Jahed sudah beberapa kali mencuba untuk kembali normal dengan menjalani sesi perubatan malah telahpun mengerjakan haji di Mekah. Namun orientasi seks songsang nya tetap tidak berubah.
Berdasarkan kepada senario ini amat jelas sekali bahawa perilaku sebegini sememangnya sukar untuk dibendung kerana ianya melibatkan rohani seseorang. Walaupun tahu beratnya hukuman menanti mereka jika disabitkan kesalah dibawah hukum Islam namun golongan sebegini tetap mengekalkan sifat dan keinginan mereka yang amat berbeza dengan orang biasa. Namun untuk menghukum mereka di atas kelemahan ini boleh juga dilihat sebagai satu tindakan yang tidak adil kerana ianya bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia walaupun pada hakikatnya melanggari hukum azali manusia itu sendiri dan juga melanggari asas asas ajaran Agama.. Namun sebagai seorang yang tidak arif tentang hal ini, Admin berpendapat adalah lebih baik agar perbincangan terperinci di kalangan ulama dan pengamal undang undang untuk menentukan duduk perkara mereka yang terjerat di dalam krisis seksualiti ini.
Di sini juga Admin ingin berkonsgsi dan admin merangkum beberapa kenyataan dan pendapat daripada mereka yang arif untuk tatapan pembaca.
Dr Mujahid Yusuf Rawa
Juga dikongsi di sini, pandangan para Ulama tentang LBGT seperti berikut:
Adalah menjadi budi bicara dan pertimbangan para pembaca untuk menganalisa dan mengkaji kesan daripada kenyataan dan kesimpulan yang dibuat oleh mereka dengan harapan agar isu isu berkaitan dengan LBGT dapat di perhalusi selaras dengan tanggapan masyarakat hari ini...
Cuma Admin suka mengingatkan bahawa apabila AGAMA ISLAM itu diletakan pada kedudukan yang betul maka segala apa yang berada di bawah nya hendaklah akur kepada ketetapan yang telah diturunkan Allah SWT kepada manusia.
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.