Wednesday, July 18, 2018

TUN M, KUKUHKAN POLISI AUTOMOTIF BUKAN LAKSANA PROJEK BARU

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kesal kerana idea beliau mahu wujudkan projek kereta nasional kedua negara tidak mendapat sambutan. 
Coretan beliau di dalam blog Che Det yang seperti dilaporkan oleh Astro Awani mendedahkan kenyataan sinis beliau ke atas perkembangan tersebut. Dengan nanda sinis beliau melahirkan rasa kecewa kerana Proton diambil alih oleh syarikat asing.

Walaupun menyedari akan wujudnya syarikat swasta yang sudah mahir mengeluarkan model model prototaip daripada tanah liat , Tun M turut menyatakan membuat satu kenyataan yang agak sukar untuk difahami dengan jelas. Petikannya adalah seperti berikut:.

"Tetapi kerana awal-awal lagi kita sudah tolak cadangan kereta nasional kedua, maka kita akan halang segala cadangan untuk mengeluar kereta bermotor oleh swasta. Sudah tentu kerajaan tidak akan ada industri automotif milik kerajaan," kata Perdana Menteri.".

Samada kenyataan tersebut betul atau tidak tidaklah diketahui. Memandangkan ianya di petik daripada laman blog beliau sendiri Chedet maka rasanya kenyataan beliau itu mungkin ada kebenarannya. 

Mungkin beliau masih lagi merasakan bahawa para jurutera , usahawan automotif tempatan masih perlu diberikan bantuan untuk terus bersaing di pasaran cumanya..... ada suatu perkara yang perlu diberikan kredit yang baik.......>>>>>>>>>>

Iaitu kebanyakan usahawan usahawan tempatan sudahpun berada pada satu tahap yang mana mereka sudah boleh berganding sesama mereka untuk menghasilkan produk produk baru tanpa memerlukan bantuan kewangan daripada Kerajaan. NAZA KIA sudah melakukannya manakala INOKOM sudahpun berada di landasan yang sama. Yang penting adalah bagaimana usahawan automotif tempatan terus kekal bersaing secara sihat di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan dorongan polisi Kerajaan..

Komen Admin:

Malaysia dah semakin sesak dgn kenderaan dari pelbagai jenama dan mutu yang  berbeza beza. Proton sudah pun menjadi antara pengeluar kereta nasional. Kerajaan berhabisan duit untuk 
 operasi Proton. Sekarang Proton sudah diambilalih oleh syarikat China Geely dan Geely bakal mengubah imej Proton yang dulunya hanya terkenal dengan imej lokal kepada imej bertarafantarabangsa. 


Seperti mana Hyundai dan KIA yang mendapat suntikan rekabentuk daripada pereka Audi, Proton sepatutnya berbuat demikian. Dan bersama Geely Proton dijangka akan terus berkembang. 

Akan tetapi untuk Kerajaan melaksanakan projek  kereta nasional kedua bukanlah satu idea yang tidak baik. Inovasi dan kreativiti tidak boleh tertumpu kepada industri automotif semata mata. Adalah lebih baik polisi automotif negara diperkasakan dengan menggalakkan lebih banyak usahawan usahawan teknologi autmotif untuk menghasilkan lebih banyak produk automasi yang boleh diapplikasikan  di dalam kenderaan. 

Ini lebih baik daripada menghabiskan wang rakyat untuk mengisi hobi membuat kereta nasional yang secara jujurnya telah menghisap banyak peruntukan dana Kerajaan. 




Klik CheDet untuk membaca lanjut.


No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...