Jangan kata Tun Mahathir, sesiapa sahaja membaca surat Presiden Amerika Syarikat ini pastinya tersenyum kambing. Apa taknya Surat Donald Trump (klik untuk berita penuh) bertarikh 24 Mei 2018 yang ditujukan kepada Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong Un (klik untuk laporan lanjut) berkenaan pembatalan perjumpaan yang bakal di adakan di Singapura pada 12 June 2018 berikutan pengajuran Singapore Summit 2018 mengundang para pengguna sosial media melakukan semakan tatabahasa dalam surat beliau ini yang dikongsi CNN (klik untuk laporan lanjut)
Ada yang memberikan markah "F" kepada surat beliau. Agensi berita Daily Mail UK (klik untuk laporan penuh) memaparkan semakan surat tersebut termasuk komen tentang kesalahan tatabahasa dan fakta.. lihat sahaja bagaimana surat Trump di semak ini....>>>>
Acapkali dunia memerhati tingkah laku kedua dua pemimpin negara kuasa nuklear ini mengacah antara satu sama lain. Trump yang terkenal dengan kenyataan lucu dan pedas kerap kali menggunakan Twitter beliau untuk menyindir Kim. Berikutan Twitter tidak disekat penggunaannya di Korea Utara maka kita tidak dapat melihat Kim membuat balasan kepada Twitter Trump.
Sekiranya ada pasti mereka berdua akan bertikam lidah menggunakan laman Twitter masing masing...
Walau apapun, dunia amat mengharapkan agar kedua dua pemimpin tertinggi ini dapat mencapai kata sepakat di dalam pengawalan penghasilan dan penggunaan senjata nuklear. Persetujuan antara mereka akan menjadikan dunia kelihatan lebih baik dengan keamanan sejagat yang ingin dicapai. Kim sudah pasti tidak mengetahui tentang twitter Trump tentangnya namun reaksi positif daripada beliau menerusi surat terbaru kepada Trump yang dikongsi oleh agensi berita USA Today dan Yahoo! Finance pasti membuat semua masyarakat dunia menarik nafas lega...
|
Sunday, July 15, 2018
TUN M PENING BACA SURAT DONALD TRUMP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.