Monday, July 16, 2018

KEDEY KAMEK : JANGAN KATA ADMIN TAK PAYUNG


Kedey Kamek ini bermaksud KEDAI KAMI or KEDAI SAYA.. Dengar dengar dimiliki oleh orang Miri, Sarawak. Pertama kali berkunjung ke Kedey Kamek yang terletak di Metrocity Matang. Nak cub sendiri makanan yang ada di Kedei Kamek. 

Maklum sahaja hasil maklumat yang dikongsi oleh netizen dan juga Local Guide, rata rata memberikan 3 ke 4 bintang kepada Kedey Kamek..Berdasarkan kepada pencarian di Internet, Kedey Kamek mendapat maklum balas yang baik daripada mereka yang pernah mengunjunginya..

Amira Jamadi salah seorang yang pernah mengunjungi Kedey Kamek memberikan 5 bintang dan turut berkongsi pengalaman beliau di Kedey Kamek. Beliau sempat berkongsi beberapa foto menarik di laman beliau yang sempat dikongsikan semula di sini.....>>>>>>

Nampak menyelerakan bukan? Dengan menu yang menampilkan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang namanya cukup unik sudah pasti mencuri perhatian pelanggan.

Dan pastinya sesiapa sahaja yang ingin mencuba kelainan akan memesan makanan yang sedia untuk dihidangkan. Ada pengunjung memberikan rating yang baik kepada Mi Kolok yang ditawarkan di Kedey Kamek ini. Dan bagi yang belum mencuba boleh memesan Mi Kolok Kedey Kamek apabila berkunjung di sana.


Jadi kepada sesiapa sahaja yang nak mencuba menu menu terbaik daripada Kedey Kamek bolehlah berkunjung di permis mereka di alamat berikut:
SILA KLIK DI SINI UNTUK LOKASI KEDEY KAMEK
Semoga Kedey Kamek terus maju jaya hendaknya..

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...