Tuesday, August 21, 2018

ABS PART 18: KALAU GAJI CIPUT, CEP MEMANG SEMPUT..

BAB INI AKU AMAT SETUJU KENAPA OTAI SAFETY BERJUANG PERTAHANKAN SKALA GAJI DIPASARAN..
Ini dilemma Budak Safety..Terutama sekali bagi mereka yang baru je dapat Perakuan sebagai SHO. Nak minta gaji besar pengalaman baru je 3 tahun nanti susah dapat kerja. Nak minta gaji kecil, nanti congak congak yuran pergi kursus yang ada mata CEP tak cukup pulak nak cover. Kalau majikan sudi tanggung tak mengapa. Kalau tak tanggung payah ler nak kumpul duit semata mata nak kutip 30 mata CEP setiap tahun. 
Last last setiap tahun intai peluang hadir kursus yang murah dan dekat dengan tempat kerja. Kalau boleh paling murah dan dapat mata CEP paling besar. Jadi sasaran utama tak lain tak bukan hadir SEMINAR yang selalunya dibuat setiap tahun samada oleh pihak NIOSH, Master Builders Sdn Bhd ataupu CIDB-JKR. Nak buat macamana. Kursus teknikal berkaitan dengan safety and health paling kurang RM600. Kalau yang murah tu biasanya SEMINAR 2 hari. Bolehlah dapat 15 CEP. tapi persoalannya adakah itu yang nak dicari?

Yang mahal sebegini adalah kursus untuk tambah ilmu ni bukan seminar yang share maklumat terkini berkenaan dengan industri keselamatan dan kesihatan. Kalau gaji dalam lingkaran sekitar RM5000 memang cukup cukup makan . Tapi kalau kurang daripada itu nampak gayanya terpaksa kumpul duit awal awal. Kita perlu ingat kadang kadang kursus yang dianjurkan diluar bandar dan ada yang dibuat di Putrajaya, Kota Kinabalu, Kuching yang memerlukan kos penerbangan dan tempat tinggal. Kalau kena pada tempat dimana kita bekerja kuranglah sikit kos nya. Kalau terpaksa terbang jauh semata mata nak kutip mata CEP, then kena buat sesuatu. 
Disebabkan ramai menjangka bahawa gaji sebagai Budak Safety ni lumayan maka ramai lah orang ingin menceburkan diri dalam dunia ini. Dan apabila mereka keluar mereka menjadi sebahagian daripada keluarga safety. Sayangnya ada di antara mereka tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kehendak mereka lalu mula kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk menimba pengalaman sebelum boleh berdaftar dengan JKKP.

Bila dah berjaya dapat pengalaman dan dah berjaya berdaftar , satu lagi bab cabaran yang perlu dilalui iaitu mengumpul mata CEP. Tidak tahu samada mata CEP ini mampu meningkatkan pengetahuan di kalangan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang pasti kalau mata CEP ini hanyalah semata mata untuk memastikan Budak Safety sentiasa hadir kursus, nampak gaya tidak akan tercapai..Disebabkan tiada peruntukan undang undang yang regulate yuran kursus macam CIDB yang mengenakan caj RM350 untuk mana mana kursus 2 Hari, maka kita akan jumpa pelbagai harga kursus yang kita tahu kandungannya lebih kurang sama.
Jadi bagi pendapat Aku Budak Safety adalah lebih baik jika sebahagian daripada mata CEP ini diperolehi menerusi perlaksanaan Program HSE, penyediaan laporan HSE Bulanan, Laporan Audit HSE, sistem dokumentasi, Rekod Kemalangan, Minit Mesyuarat HSEC kerana ianya lebih menjurus kepada perlaksanaan program safety and health di tempat kerja dan ia dilihat lebih menguntungkan industri dan juga JKKP selaku Regulator. Kalau boleh lah kan.... Dapat juga bantu kurangkan beban Budak Safety yang masih GreenHorn ....

No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...