Kerja sebagai BUDAK SAFETY bukan boleh dipilih pilih. Kalau ada orang yang pilih nak jadi Budak Safety mereka harus bersedia mental dan fizikal. Walaupun kerjaya Budak Safety nampak mudah jika dibandingkan dengan Kerja seorang Jurutera ataupun Arkitek, sebenarnya ianya tidak mudah dan tidak pula terlalu susah.. Kalau seorang Jurutera mengambil berat tentang kualiti kerja yang dibuat, tempoh ianya perlu disiapkan, di pihak Budak Safety pula memastikan pekerja yang melaksanakan kerja tersebut perlu mengambil berat tentang keselamatan dirinya dan orang yang berada disekililingnya dan mampu menyiapkan kerja yang telah diamanahkan berjaya disiapkan mengikut perancangan...
Di sepanjang bertugas sebagai Budak Safety bermacam macam cabaran pernah dirasai dan macam macam ragam manusia pernah dilihat. Ada yang suka , tak suka, benci , takut setiap kali Budak Safety datang ke tempat kerja. Ada juga yang buat tak tahu kehadiran Budak Safety di tempat kerja. Memang suasana sebegitu akan dihadapi oleh Budak Safety ketika bertugas. Kat mana mana pun, memang akan terjumpa...
Bak kat pepatah Inggeris "RESPECT MUST BE EARNED NOT GIVEN" memang ada kebenarannya. Kalau pekerja takut kepada Budak Safety, mereka hanya guna mematuhi peraturan Safety and Health di tapak kerana tidak mahu di kenakan tindakan..
Akan tetapi apabila mereka mula menghormati tugas Budak Safety yang sentiasa menjaga kebajikan mereka dan faham kenapa mereka kadang kadang terpaksa memarahi pekerja kerana tak patuh kepada Arahan Keselamatan lambat laun perasaan takut itu akan bertukar menjadi satu rasa HORMAT....dan untuk mencapai tahap ini, kita sebagai Budak Safety juga perlu menghormati pekerja sepertimana kita mahu mereka menghormati kita. Kita kena terima hakikat bahawa walaupun pekerja telah melakukan kesalahan, mereka tetap punyai maruah diri yang mereka perlu pertahankan.
DI saat itu, apa jua peraturan keselamatan yang diamalkan di tempat kerja akan jadi lebih mudah kerana pekerja sudah mula memahami erti bekerja dalam keadaan selamat dan sihat. Maksudnya adalah apabila pekerja faham kepentingan safety and health mengatasi wang ringgit, maka mereka akan mula belajar mentafsir dan menilai tahap keselamatan diri mereka dan tempat mereka bekerja,. Waktu itu mereka akan mula bersuara meminta agar dibekalkan dengan peralatan keselamatan yang mencukupi dan berkualiti serta mahu keselamatan di tempat kerja mereka dijamin.
Usaha kita sebagai Budak Safety akan dilihat berbaloi jika pemikiran para pekerja sampai ke tahap itu. Dalam di saat itu, ada kalanya gelaran kita di tapak mula berubah. Apabila hormat itu mula hadir, kita kadang kadang di panggil dengan panggilan CIP yang biasanya bermaksud seseorang yang dihormati atas faktor pengalaman dan hubungan yang baik dengan pekerja. Dan pada masa itu, janganlah kita merasa bangga dengan gelaran yang diberikan. Kita perlu berusaha lagi agar para pekerja dapat menjadikan budaya bekerja dengan selamat dan sihat itu satu sikap dan bukan amalan di bawah peraturan.
Kita sebagai Budak Safety masih ada banyak perkara yang perlu kita pelajari. Setiap daripada kita punyai jalan cerita yang berbeza dan pendekatan yang bermacam macam. Di kala kita berada di satu peringkat yang tinggi ingatlah pesanan Aku Budak Safety "SETINGGI MANA MENONGKAT LANGIT, SENANTIASA TAWADDUK RENDAH DIRI....DAN JANGAN BULI PEKERJA ATAS APA JUA KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN...
No comments:
Post a Comment
Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.