Friday, March 8, 2013

Alahai Itik oh Itik......


Itik Oh Itik....Nape leh  kau jadi pilihan topik aku kali ini?... Tak pe.. Memandangkan aku tengah buat proposal nak ternak itik penelur jadi aku sharelah sikit pasal kau ni kat blog kesayangan ku ini..Lama dah aku tak update blog. Maklum jelah sekejap ada sekejap tak ada.. Mungkin kehilangan idea yang baik untuk aku mencoret kat dalam blog aku ni...

So berkenaan dgn itik itik ni.. aku dah lama dah tunggu peluang nak ternak itik penelur ni pasal aku suka sangat makan telur itik masin.. Telur ayam masin aku tak pernah makan lagi lerr... Ramai dah orang muda turut serta dalam industri itik penelur ni. Ramai jugak yang berjaya dan ramai jugak yang melingkup. Yang berjaya pasal mereka tahu bagaimana nak ternak itik ni. Yang melingkup pasal ada hati nak ternak itik tapi ilmu menternak tak de.. Bukan main belasah je bro... Ini business baik punye...




Kalau betul nak buka bisnes itik ni, kena ada semangat yang kuat.Kalau tak , itik itik tak bertelur, tuan punya itik pulak yang dapat telur dalam akaun.. Jadi semangat yang tinggi tak cukup jugak kalau tak da sumber kewangan yang baik... Jadi kepada mereka yang nak jadi usahawan itik ni, pastikan iman cukup kuat. Pasal itik itik ni pun ada perasaan jugak.Kalau asyik tak makan, gamaknya mogok lalu tak hasilkan telur.. Payaaaahh....

Bukan senang nak senang beb.. bukan susah nak susah.... Industri Itik Penelur ni kalau diusahakan dengan betul mampu menjana pendapatan yang tidak kurang hebatnya. Kalau tidak tak kan kaum Cina paling ramai terlibat di dalam industri ni. Apatah laig mereka adalah penggemar daging itik... Aik Tak PERCAYA? Peking DUCK tu kan itik...? Bukan nya ANGSA.. 

SME Bank (klik sini) ada menyediakan pinjaman untuk bidang ni. Pergilah ke mana mana cawangan SME Bank yang berdekatan.Kadar Pinjaman Asas pun rendah. Tak membebankan punya.. Tak macam kad kredit. Kalau cukup syarat dapat pinjaman terus buat bisness ni..Jangan tak bayar loan pulak nanti itik itik tuan-tuan kena cekup bank..Habis cerita.....





4 comments:

Anonymous said...

I simply couldn't depart your site prior to suggesting that I really loved the standard info a person provide to your visitors? Is gonna be back ceaselessly to check out new posts

my web site binarychief

Anonymous said...

Thank уοu for the gоod writeup. It іn fact
used to be a leisure account it. Glаnce advancеd to fаr added agreeable
from you! By the way, how could we bе іn contact?


Herе is mу homepagе; hcg experience

MOHAMMAD FADZLAN MOHAMAD SHAHIBI said...

Hi there

You can contact me via email at remylan@yahoo.com

Anonymous said...

I was suggested this web site by my cousin. I'm not sure
whether this post is written by him as nobody else know
such detailed about my problem. You are wonderful!
Thanks!

my web-site: mobile games

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...