Tuesday, July 17, 2018

BARANG NAIK VS PRICE HIKE


Jika diluluskan di Dewan Rakyat, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal berada di pasaran semula menggantikan sistem cukai GST yang tidak popular di kalangan rakyat Malaysia. Sungguhpun GST telah dimansuhkan harga barangan tetap meningkat tanpa adanya campur tangan Kerajaan. Apa lagi peniaga kaut untung berganda ganda dalam tempoh bertenang ini. Dan dipihak Kerajaan pula kehilangan jutaan ringgit dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika SST tidak mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Namun Admin pasti ianya dapat disegerakan memandangkan Kerajaan sedia ada sudah mempunyai cukup undi untuk meluluskan perlaksanaan nya...

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng Cukai Jualan akan di tetapkan pada kadar 10% manakala Cukai Perkhidmatan pula ditetapkan pada kadar 6%. Menurut beliau lagi, perlaksanaan cukai ini tidak membebankan rakyat , betul ke?...

Sekarang ini kita sudahpun merasai kesan kenaikan harga barangan di pasaran yang masih belum dikenakan sebarang cukai. Bila SST dilaksanakan, besar kemungkinan harga barangan akan meningkat mendadak...

Apa taknya bukan sahaja kos bahan mentah akan meningkat malah kos pengangkutan serta kos kos lain yang berada di dalam rantaian bekalan akan turut menerima kesan. Kos bahan mentah mungkin akan dikenakan cukai jualan manakala kos pengangkutan akan dikenakan cukai perkhidmatan...cuma yang peliknya ......>>>>>

Alahai apa boleh buat kan... Masa Barisan Nasional tabdir negara Barang Naik tapi masa Pakatan Harapan diberi peluang mentadbir Price Hike pula... bezanya masa BN tadbir negara harga barangan memang dijangka meningkat akan tetapi Kerajaan BN menggunakan beberapa pendekatan mesra rakyat serpti BRIM untuk membantu rakyat menampung kos sara hidup. Manakala di pihak Kerajaan PH pula  menggunakan kaedah yang sama iaitu Bantuan Sara Hidup.. Katanya BRIM itu DEDAK maka BSH pun kiranya dedak jugalah ya..

Apa pun kita kena fahami bahawa selaku rakyat kita kena memberi peluang kepada Kerajan PH yang baru ini untuk menjalankan tugas dan tanggunjawab mereka untuk kesejahteraan rakyat manakala di pihak BN pula perlu memainkan peranan sebagai pembangkang yang berpengalaman demi memastikan Kerajaan baru ini berjaya melaksanakan tugas mereka...   Jika tidak maka PH kata BN tak betul.. BN kata PH tak betul last- last   kena cop.......

Mainan politik...Semua tak sama wajah tapi sama rupa.....




No comments:

Post a Comment

Any comments posted here will be at your own responsibilities. The author shall not held responsible for any comment that pose risk to legal implication.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...